Undi Calon BN Parlimen Tanjung Karang

Terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Kuala Selangor, Tanjung Karang menjadi tempat tumpuan ABN News untuk meninjau sentimen masyarakat tempatan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijadual 5 Mei depan.

Kawasan yang terkenal dengan tanaman padi dan aktiviti perikanan ini menyaksikan pembangunan berperingkat, sesuai dengan kehidupan penduduk.

Pada 2008, terdapat 36,391 pengundi berdaftar dengan 72% daripadanya adalah pengundi Melayu, diikuti 11% Cina dan selebihnya India serta lain-lain kaum.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar adalah penyandang bagi kerusi Parlimen Tanjung Karang setelah menang dengan majoriti 3,820 undi ke atas calon PAS, Mohamed Hanipa Maidin.

Ia adalah penggal keempat berturut-turut bagi Noh mengekalkan kerusi Parlimen yang dimenanginya sejak 1995.

Namun jika diamati pada 2008, Noh turut berdepan gelombang tsunami politik di Tanjung Karang kerana majoriti undi yang dimenanginya menyusut 5,188 undi sekaligus menimbulkan persoalan mampukah Noh mengekalkan kawasannya jika dipilih untuk terus bertanding di sini.

Krew ABN News turun ke Tanjung Karang menemui masyarakat tempatan, rata-rata berpuas hati dengan khidmat yang telah ditabur Noh di kawasan itu.

Menurut Ng Tiong Ken yang bekerja sendiri, beliau menyokong apa yang dibuat oleh kerajaan."Sebab dia anak tempatan sini itu pasal kita mesti mau sokong sama dia (Noh)," kata Tiong Ken.

Ini pula respon Suriati Musa, Penduduk Tanjung Karang.

Suriati Musa,
Penduduk Tanjung Karang

"Setakat ni dia pegang 4 penggal, Alhamdulillah segala bantuan yg dia bagi pada fakir miskin orang susah dan sebagainya semuanya berpuas hati dengan adanya BR1M, BL1M, Kedai Rakyat 1 Malaysia baru-baru ni kami terima baucer karisma hati RM200, dia membantu kepada nasib yang tak terbela kitaorang bersyukur sgt dapat menteri sebegini," katanya ketika ditemui ABN News.

Baginya Pakatan Rakyat gagal melaksanakan janji yang ditabur sebelum ini.

"Tak Nampak apa yang perjanjian demi perjanjian taka da memang saya marah betul bukan minta utk diri sendiri minta untuk anak tapi tak nampak apa yang dibantu."

Sementara itu Siti Aminah Tuallu pula enggan diperintah oleh Pakatan Rakyat pada penggal akan datang.

"Kita orang tak nak pembangkang memerintah selama 5 tahun kita dah serik sangat sebab macam PKR ini banyak menaburkan janji masa manifesto janji-janji kepada rakyat dan kami bagi kepercayaan dah 5 tahun kita orang tunggu dan pandang tetapi apa yang kita dapat hanya pembohongan semualah". Ini pula reaksi Ahmad Suhaimi Abdul Rahman.

Ahmad Suhaimi Abdul Rahman, Penduduk Tanjung Karang
"Saya minta BN lah menang kenapa sebab BN ni memuaskan sebab apa yang dia janji semua yang dikota tak macam pakatan ni banyak sangat janji"

Sent from Yahoo! Mail for iPhone
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment