Bekas pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar sudah sah bertanding dalam
PRU-13 inidi Parlimen Kota Raja sebagai calon Bebas dalam pertarungan 4 penjuru
yang turut melibatkan BN, PAS dan seorang lagi calon Bebas.
Uthayakumar juga mencalonkan dirinya di DUN Seri Andalas yang
dipertahankan oleh PKR melalui penyandangnya Dr Xavier Jayakumar A/L
Arulanandam dalam pertandingan 5 penjuru.
Lebih menarik lagi di kerusi yang sama, seorang bekas pemimpin
PKR, Kottappan A/L Suppaiah serta mencabar Xavier menjadikan pertarungan di DUN
Sri Andalas cukup sengit.
Pada PRU 12 2008 yang lalu, Parlimen Kota Raja dimenangi oleh PAS
manakala DUN Sri Andalas dan Sri Muda dikuasai PKR, masing-masing dengan
majoriti yang cukup besar kerana mereka mendapat laba hasil manfaat undi protes
oleh pengundi keturunan India terhadap BN tika itu.
Namun kemudiannya, pasca PRU 12 menyaksikan masyarakat India
semakin ramai berpaling arah meninggalkan PR, antara faktor pendorongnya ialah
isu Kampung Buah Pala dan layanan diskriminasi oleh PR.
Ternyata selama ini PR hanya mengambil kesempatan semata-mata
untuk kepentingan politik tanpa berusaha menambah baik kehidupan masyarakat
India.
Dengan kemunculan Uthayakumar sebagai calon Bebas di Parlimen Kota
Raja dan DUN Sri Andalas, jelas sekali ia satu perkhabaran buruk buat PR. PRU
kali ini pastinya menyaksikan PR berdepan masalah besar untuk meraih undi
masyarakat India.
Semasa proses penamaan calon pada 20 April 2013, agak ketara
tanda-tanda kemerosotan sokongan masyarakat India kepada PR apabila kehadiran
mereka amat sedikit bilangannya dibandingkan penyertaan kaum itu yang agak
besar jumlahnya bersama BN.
Ini mengesahkan lagi senario sudah berubah dan PR bakal berdepan
tugas sukar untuk menahan arus perubahan yang berlaku ini. Jika ia berterusan,
nescaya khabar buruk itu bakal menjadi igauan bila mana kelak banyak kerusi PR
terbang melayang.
1:20 AM
PKR jadikan Hindraf kuda tunggangan dalam PRU12, itu semua rakyat Selangor tahu. Kali ini Pakatan jangan harap dapat satu undi kaum India.....