Wan Azizah Bertanding Di Selangor - Bukti Wujud Krisis Dalaman PKR Selangor



Ura-ura penampilan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk bertanding di Selangor seterusnya mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sangat memeranjatkan seolah-olah tidak ada lagi calon berkaliber dari PKR untuk diketengahkan sebagai calon dan sebagai MB Selangor.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa berkata, apa yang jelas kehadiran Wan Azizah ke Selangor membuktikan bahawa kepimpinan PKR di Selangor sudah tidak ada persefahaman dan semangat setiakawan lagi khususnya di antara MB, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Pengerusi PKR Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

“Mereka sudah tidak yakin antara mereka, budaya cucuk mencucuk malah tindakan mendiamkan diri kebanyakan pemimpin PKR Selangor khususnya Azmin Ali ketika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diasak dari segenap penjuru sejak akhir-akhir ini dari rakyat yang menuntut janji-janji pilihan raya umum yang lalu dilihat sebagai tanda wujudnya kumpulan-kumpulan tertentu yang bertujuan untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.

Jadi tindakan membawa Wan Azizah untuk bertanding di salah satu kerusi DUN di Selangor merupakan tindakan terbaik untuk meredakan ketegangan hubungan dua kem ini dari terus berbalah sesama sendiri,” ujarnya mengulas ura-ura Wan Azizah untuk bertanding di kerusi DUN Selangor.

Tambahnya, Wan Azizah sedar sebagai ketua parti dia perlu mendapat kedudukan tinggi dalam kerajaan tetapi PKR tidak punya kekuatan untuk bersuara dan menuntut kerusi di Pulau Pinang.

“Ini jelas DAP terlalu eksklusif dalam pakatan walaupun Wan Azizah berasal daripada Pulau Pinang. Tindakan ini juga jelas kerakusan keluarga Anwar Ibrahim untuk menduduki kerusi ketua kerajaan sehingga sanggup menidakkan hak org lain di dalam negeri Selangor.

“Saya rasa rakyat menilai dan berfikir sedalam-dalamnya, kerana PRU 13 ini bukanlah sekadar untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Menteri Besar, ADUN mahupun Ahli Parlimen, sebaliknya lebih menentukan kedudukan dan masa depan agama, bangsa dan negara,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment