Wanita BN Hulu Selangor Sudah Bersedia ..... Sedia Gempur PR



Selepas bekas ADUN Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar mengumumkan tidak mahu bertanding mempertahankan kerusi DUN berkenaan, nama Ketua Wanita UMNO kawasan itu, Datuk Rosni Sohar dikaitkan sebagai calon.

Namanya disebut-sebut sebagai calon selepas banyak perubahan yang dibawa ke kawasan itu termasuk memajukan ekonomi kaum wanita serta penduduk sekitar sepanjang dilantik memegang jawatan dalam UMNO.

Rosni berkata, tidak kira siapapun calon yang akan diletakkan BN di kawasan itu, wanita BN sudah bersedia untuk menggempur habis-habisan mempertahankan kerusi berkenaan.

Menurutnya, pihaknya juga menerima keputusan Idris dengan hati terbuka selepas sudah banyak jasa serta pengorbanannya dalam memajukan DUN Hulu Bernam seiring kepesatan pembangunan negara.

Katanya, sekiranya BN memutuskan untuk meletakkannya sebagai calon, beliau berjanji akan memberikan khidmat terbaik untuk menawan hati pengundi seperti mana dilakukan Idris.

“Saya terima apa saja keputusan dibuat BN kerana dalam politik, kita tidak boleh terlalu mementingkan diri. Sekiranya dipilih sebagai calon kita kena lakukan kerja dengan bersungguh-sungguh.

“Kalau BN memilih orang lain sebagai calon, saya tetap akan bekerja kuat bagi memenangkan calon berkenaan. Saya yakin BN akan memilih calon yang boleh menang di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai persiapan jentera wanita, Rosni berkata, pihaknya sekarang sedang menumpukan kepada daftar pengundi untuk mengenalpasti pengundi di situ yang berada di luar kawasan.

Katanya, selepas semua proses mengenalpasti itu selesai dan penamaan calon dilakukan, barulah wanita akan mula menggerakkan jentera berkempen.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment