Warga Emas Jadi Sasaran Pembangkang .........



Penyokong Barisan Nasional (BN) terutama warga emas dari kawasan pinggir bandar yang tinggal bersendirian dikatakan menjadi sasaran pihak tertentu yang cuba menghalang mereka mengundi apabila diminta mencalit jari dengan dakwat khas lebih awal daripada hari pengundian.

Tindakan itu dikesan jentera Pilihan Raya BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong apabila ada pihak mengadu didatangi sekumpulan lelaki tidak dikenali meminta mereka mencalit jari dua atau tiga hari sebelum mengundi bagi membolehkan dakwat kekal yang bertahan seminggu itu hilang lebih awal.

Pengarah Pilihan Raya BN DUN Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, perkara itu disedari kelmarin selepas dimaklumkan pemimpin masyarakat di kawasan itu menyebabkan pihaknya kini menyusun strategi menjelaskan mengenai perkara berkenaan.

"Kumpulan itu hanya mensasarkan penyokong BN yang tinggal bersendirian, malah kita kesal ada dalang dalam kalangan penduduk tempatan menyebarkan maklumat mengenai pengundi yang tinggal bersendirian atau tinggal di kawasan terpencil," katanya selepas Majlis Perjumpaan Ahli Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor di sini, semalam.

Majlis itu dihadiri Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Pengarah Pilihan raya BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed. 

Difahamkan, sasaran kumpulan itu adalah penyokong kuat Barisan Nasional (BN) yang akan dicalitkan dakwat khas lebih awal daripada hari pengundian seterusnya menyebabkan golongan berkenaan tidak dibenarkan mengundi hingga berlaku kekecohan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi tidak tertipu jika didatangi 'orang luar' yang cuba menyebarkan dakyah tidak benar.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment