Adun Johor setuju ada Exco Cina


SENAI – Penyatuan semua kaum dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Johor yang bakal dilantik melambangkan perpaduan antara kaum dan ini perlu dititikberatkan demi melahirkan masyarakat yang sejahtera, aman dan makmur.

Malah Adun Paloh, Teoh Yap Kun turut menyifatkan wakil tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India dalam barisan Exco kerajaan negeri turut membawa kehendak dan suara rakyat yang inginkan wakil daripada pelbagai kaum menerajui kepimpinan.

“Saya amat bersetuju dengan titah Tuanku Sultan. Ini merupakan sebuah penghargaan kepada semua kaum.

"Bahkan wakil daripada tiga kaum yang bakal membarisi Exco kerajaan negeri turut membawa suara dan kehendak rakyat.

“Perkara ini juga sangat penting memandangkan kita adalah sebuah negara yang majmuk dan terdiri daripada masyarakat berbilang kaum,” katanya. 

Beliau mengulas mengenai titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam Sinar Harian kelamrin, yang mahu wakil daripada pemimpin kaum Cina disenaraikan dalam barisan Exco kerajaan negeri pada penggal baru.

Titah berkenaan disuarakan Sultan Ibrahim ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Adun Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap baginda di Istana Pasir Pelangi, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Yap Kun berkata, keputusan PRU13 adalah muktamad dan mereka yang telah diberi mandat hendaklah menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

“Pada masa ini, tidak dapat dinafikan perpaduan adalah sangat penting dan dititikberatkan lebih-lebih lagi selepas tamat pilihan raya kali ini.

"Janganlah kita mempertikaikan keputusan PRU13 kerana ini adalah keputusan muktamad.

“Kepada yang menang jalankan tugas yang diamanahkan itu.

"Teruskan berkhidmat kepada rakyat kerana itu sudah menjadi tanggungjawab mereka yang menang. Manakala yang kalah, perlu terima kekalahan tersebut.

“Apa yang penting sekarang adalah menjaga kestabilan dan perpaduan antara semua kaum.

"Jaga hubungan antara satu sama lain dan jangan sampai bergaduh yang akhirnya memberi kesan buruk pada masa akan datang,” katanya.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment