Anda Telah Mencapai Sesuatu Yang Hebat Apabila Anda Dibenci - TMJ


"Anda tahu anda telah mencapai sesuatu yang hebat apabila anda dibenci oleh orang yang tidak anda kenali pun. Kita masih belum memenangi sesuatu apa pun, tetapi ramai yang beriya-iya cuba untuk menjatuhkan kita. Kita telah menjadi mangsa sejak permulaan musim lagi, kerana mereka sedar akan potensi kita dan menyedari akan kuasa baru bolasepak dari selatan.

"Bukan salah kita Persatuan Bolasepak Negeri Johor diurus secara profesional dan mempunyai asas kewangan yang kukuh. Ada yang menggelarnya “cemburu”, saya melihatnya sebagai ketakutan dan tidak yakin dengan diri sendiri. Segala tohmahan negatif yang dilemparkan terhadap bolasepak Johor, hanya mendorong saya untuk bekerja lebih keras demi membina empayar bolasepak yang lebih kuat lagi.

"Saya bangga kerana para penyokong Johor lebih beradab, tidak seperti segelintir yang lain. Pesanan saya, kepada mereka yang mempunyai masalah dengan PBNJ, anda memang sepatutnya takut… kerana saya masih muda dan perjalanan saya masih jauh. Jadi anda boleh bayangkan apa yang mampu dicapai oleh PBNJ dalam tahun-tahun yang mendatang. Kepada rakyat Johor sekalian, kekalkan sifat rendah diri dan sentiasa bersatu. Dampingkan diri kita dengan orang yang positif, dan ingat bahawa kasih sayang merupakan kuasa yang sangat kuat.

"Maafkan mereka yang negatif terhadap kita, dan teruskan kehidupan. Sayangilah mereka yang penting dalam hidup kita dan ingatlah bahawa Allah akan memastikan kebenaran akan tetap terserlah.


"Akhir kata, kalau seseorang berkata sesuatu yang buruk tentang kita, ianya mungkin kerana mereka tiada sesuatu yang baik untuk dikatakan terhadap diri mereka sendiri. Hasad dengki adalah penyakit yang dahsyat. Semoga Allah mengampunkan mereka." -Tunku Mahkota Johor

Sumber: JohorDaily
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

9 Komen

  1. Anonymous
    9:26 PM

    sebab itu saya bangga menjadi anak JOHOR...kerana TMJ saya hebat...

  2. Anonymous
    9:29 PM

    Ampun Tuanku patik mohon menyembahkan setinggi Tahniah diatas titah Tuanku yg sangat terpuji lagi amat mengkagumkan patik.Walau pun masih muda Tuanku sangat berhemah dan matang sesuai dengan kedudukan Tuanku sebagai seorang anak Raja yang mempunyai masa hadapan yang sangt pajang bagi mengharungi kegemilangan demi kegemilangan.Patik cuma berharap warga FAM juga akan mengikuti atau mencontohi Kebawah Duli Tuanku agar matang, insaf diri serta berpandangan jauh dan tidak mencontohi katak yg hidup dibawah tempurung.DAULAT TUANKU.

  3. Anonymous
    11:04 PM

    Brilliant remark. I love u Tuanku.

  4. Anonymous
    11:07 PM

    Sudah sampai masa stadium khas utk bola (tanpa trek) di buat di Pahang ni. Cadangan yang dibuat untuk membuatnya di daerah temerloh (di kawasan bypass Tloh-Mtkb)sangat dialu-alukan segera pembinaannya. Lokasi yang amat sesuai di tengah-tengah negeri Pahang. Adil utk semua peminat. Juga boleh mengatasi kesesakan teruk di ibu negeri setiap kali ada acara di stadium.

  5. Anonymous
    11:15 PM

    So charismatic!!!

    Melayu Johor mempunyai pemimpin dan masa depan yang cerah!!

    THUMB UP!!

    TWO THUMBS UP INSTEAD!!!!

    -Anak Kota Singa-

  6. Itulah pemerintah JDT...utk Pemimpin FAM cukup-cukup la jadi kaki BODEK...itu pasal la BOLA MALAYSIA ENTAH KE MANA....X CAYA TGK FRIENDLY MALAYSIA SAPE NAK LAWAN KITA...DARI DULU SINGAPORE, INDON...ITUPUN JAGA HATI...MU, CHELSEA, QPR USAH BANGGA ITU SEMUA SUDAH DIBAYAR... AKU NAK LAWAN JEPUN, KOREA, NEGARA ARAB...AGAK-AGAK NEGARA TU NAK TAK...PEMILIHAN PEMAIN PUN ENTAH APA-APA...PEMAIN PASUKAN KUAT TAK BYK....PASUKAN LEMAH BERSEPAH....AKU TAK FAHAM....UTK FAM, AKU DAH JEMU DGN PINGAT EMAS SUKAN SEA...TAKKAN BELANJA BESAR IMPAK HANYA PINGAT EMAS 2 TAHUN SEKALI...TGK TMJ MELABUR BESAR IMPAKNYA FENOMENA SATU MALAYSIA..UTK TMJ TERIMA KASIH HIDUPKAN BOLA MALAYSIA...UTK FAM KQLAU TAK RETI SILA BERAMBUS RAMAI LAGI YG RETI...ADA FAHAM...SELAMANYA HARIMAU MALAYA

  7. Johorean
    2:37 AM

    Ucapan bukan lagi mantap tp mantop. Proud to be Johorean, thats the Johorean way.

  8. Aku anak Penang tapi akan menyanjung tinggi sikap TMJ yang sebegini - Semoga Johor terus maju

  9. Hidup orang Johor...apa-apa jika bersatu hasilnya sugguh memuaskan. Kau orang ingatlah tak LAGU NEGERI JOHOR

Post a Comment