Anwar Ibrahim kini seorang yang penat, letih dan kecewa.
Sepanjang tempoh berkempen pilihan raya Anwar cukup yakin impian
pembangkang menawan Putrajaya akan tercapai tetapi apakan daya takdir tidak
menyebelahinya.
Setelah mengadakan siri jelajah seluruh negara sejak 8 Mei lalu
kerana tidak dapat menerima kekalahan pembangkang di tangan Barisan Nasional,
beliau masih juga gagal menumbangkan kerajaan yang sah dipilih rakyat.
Walau puluhan ribu penyokongnya hadir pada setiap perhimpunan yang
diadakan, namun hakikatnya mereka tidak dapat mengubah kenyataan bahawa
majoriti rakyat menolak Anwar dan masih mahukan BN memerintah negara.
Kehendak rakyat dan takdir Ilahi nampaknya tidak mahu Anwar
memimpin tanah Islam yang bernama Malaysia.
Kini kebenaran telah timbul apabila media mendedahkan terdapat
persefahaman 'gentleman' antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan
Anwar April iaitu beberapa minggu sebelum parlimen dibubarkan.
Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menerima kekalahan dalam
Pilihan Raya Umum ke-13 secara baik dan menjanjikan peralihan kuasa secara aman
dan tenteram sekiranya berlaku perubahasn dalam kerajaan.
Malah perkara ini telah ditegaskan di dalam ucapan Perdana Menteri
semasa siaran langsung televisyen ke seluruh negara ketika mengumumkan
pembubaran parlimen pada 3 Mei lalu.
Malangna apabila kalah sahaja pakatan pembangkang, Anwar dengan
pantas sekali melanggar perjanjian secara lisan tersebut antara pengerusi BN
dan beliau sendiri.
Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Wall Street Journal yang dilihat
sebagai sekutu media Barat yang kuat kepada Anwar.
WSJ menganggap Anwar sebagai seorang yang tidak 'gentleman' kerana
gagal mematuhi syarat-syarat perdamaian yang dipersetujui bersama.
Integriti adalah satu nilai yang amat penting ang diperlukan oleh
seseorang jika mahu menjadi pemimpin yang berwibawa dan diyakini rakyat.
Rakyat tertanya-tanya apa telah terjadi dengan janji Anwar beliau
akan mengundur diri daripada politik sekiranya pembangkang kalah atau adakah
ini satu lagi pembohongan yang sudah menjadi 'trademark' politiknya.
Datuk Seri Najib secara berani dan terang menyatakan kesediaan
beliau untuk menerima kekalahan sekiranya BN kecundang pada PRU lalu tetapi
Anwar menampakkan dirinya sebagai seorang pemimpin politik yang tidak boleh
dipegang kata-katanya apatah lagi janji yang dibuat.
Malah akhbar itu menyatakan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf
Kalla telah menalipon Anwar secara peribadi sehari selepas pilihan raya untuk
mengingatkan beliau tentang perjanjian yang dibuat dengan Perdana Menteri.
Sebagai seorang sahabat, Jusuf menasihati Anwar supaya menerima
kenyataan dan melihat kepada realiti dengan hati yang terbuka.
Sungguh malang nasihat yang berguna daripada seorang negarawan
seperti Jusuf diketepikan begitu sahaja dan Anwar memilih untuk mengengkari
akur janji yang dibuat hanya beberapa minggu sebelumnya.
Pendedahan yang dibuat oleh WSJ sudah cukup mencerminkan kepada
rakyat jenis pemimpin mana satu Anwar tergolong - pemimpin yang mempunyai harga
diri dan integriti atau pemimpin yang suka menabur janji dan pada masa yang
sama mengkhianati janji-janji yang dibuat?
Kepada penyokong pembangkang mereka mungkin buta untuk melihat
bagaimana Anwar telah memanipulasi kepercayaan yang diberi untuk keuntungan
dirinya sendiri.
Tetapi kepada masyarakat antarabangsa dunia seluruhnya, karektor
Abnwar sebagai seorang yang suka berbohong, pengkhianat dan takut menerima
kekalahan tidak dapat diselindungi lagi apatah lagi yang mendedahkan itu adalah
salah satu akhbar yang paling berpengaruh di dunia.
Bak kata pepatah Inggeris, 'what is the worth of a person, if not
his worth?' atau apakah nilai seseorang jika tidak kepada janjinya?
Anwar bukan sahaja telah mengecewakan penyokong pembangkang
terutamanya Dap kerana gagal menawan Putrajaya sebagaimana yang kerap
dijanjikan dalam ceramah dan ucapan beliau, tetapi juga dilabel sebagai seorang
yang membuat pelbagai alasan dan helah untuk menyelamatkan dirinya.
Perhimpunan haram yang diadakan untuk membantah keputusan PRU13
dan mendesak supaya pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk meletak jawatan tidak
akan memberi apa-apa kesan hatta disokong oleh 500,000 atau satu juta
sukarelawan sekalipun.
Ini kerana negara ini mempunyai undang-undang dan peraturan yang
wajib dipatuhi.
Pembangkang perlu mengotakan janji untuk menghormati konsep 'rule
of law' atau negara daulat yang sering kali diwar-warkan oleh pemimpin mereka.
Jika mereka fikir, pembangkang adalah golongan yang mengatasi
undang-undang dan segala tindak tanduk mereka yang melanggari undang-undang
tidak diambil tindakan, mereka silap besar sebenarnya.
Rakyat yang cintakan keamanan sudah cukup muak dengan sikap angkuh
pemimpin pembangkang yang hanya mengatakan mereka sahaja di pihak yang benar
serta tidak memperdulikan pandangan orang lain.
0 Komen