Anwar Mahu Cetus Revolusi Selepas Gagal Jadi PM

Setelah amat kecewa tidak dapat menjadi Perdana Menteri ke tujuh Malaysia, Anwar Ibrahim kini merancang untuk mencetuskan keganasan dan huru hara dengan menghasut penyokong-penyokong pembangkang.

Perasaan marah Anwar nampaknya sukar dibendung melihat kepada air muka dan raut wajah beliau mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin-pemimpin pembangkang lain sehari selepas kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Seperti diduga Anwar mendakwa BN telah merampas kemenangan yang kononnya sepatutnya dimiliki pembangkang.

Beliau mendakwa kononnya terdapat unsur-unsur penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memenangkan BN.

Seperti biasa juga SPP menjadi sasaran pembangkang yang seringkali dituduh menjadi talibarut dan perkakas UMNO.

Hakikatnya jika proses pengundian dikatakan begitu teruk dimanipulasi oleh SPR tidak mungkin pembangkang mampu meningkatkan jumlah kerusi parlimen daripada 82 pada PRU 2008 kepada 89 kali ini.

Pada masa yang sama pembangkang juga menambah jumlah kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi kepada 230 berbanding 196 pada tahun PRU ke 12.

Malah pembangkang mampu mengekalkan penguasaan ke atas negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

BN pula kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada 133 berbanding 140 pada PRU 2008.

Bagaimana diasak, dicabar dan berhadapan dengan keadaan yang amat getir daripada pembangkang sekalipun, namun majoriti rakyat negara masih terus menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap BN untuk terus menerajui negara.

Kemenangan BN juga membuktikan rakyat menerima baik program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak empat tahun lalu.

Kemenangan BN juga menunjukkan rakyat juga menolak politik fitnah, adu domba, pecah belah dan janji palsu yang menjadi sebati dengan amalan pembangkang.

Kekalahan pembangkang adalah petunjuk jelas bahawa rakyat menolak Anwar sebgai pemimpin pembangkang seterusnya cita-cita beliau menjadi Perdana Menteri.

Mana mungkin rakyat Malaysia yang majoritinya adalah beragama Islam serta kuat pegangan agama mahu dipimpin oleh seorang individu seperti Anwar yang rosak moral dan akhlaknya.

Mustahil Anwar boleh menjadi pemimpin nombor satu Malaysia apabila dirinya sendiri tidak terpimpin dan dibelit dengan pelbagai dakwaan rasuah, penyelewengan termasuk melakukan sekas songsang yang amat dibenci oleh agama.

Atas kekecewaan dan kemarahan kerana apa yang diimpi tidak tercapai, Anwar mahu mengadakan Himpunan Kemarahan Rakyat di Stadium Kelana Jaya pada malam ini.

Yang marah hanya Anwar seorang kerana sekutunya Pas dengan rela dan penuh kesyukuran menerima kekalahan pembangkang dengan berlapang dada.

Ini satu sikap Pas yang harus dipuji walaupun semasa berkempen parti itu menentang BN sebagaimana amalan biasa dalam mana-mana pilihan raya di mana-mana negara.

Tetapi ini berbeza dengan sikap Anwar yang perasan dirinya telah dinafikan menjadi Perdana Menteri dengan meletakkan kesalahan kepada BN dan SPR.

Malah pentadbiran Presiden Barack Obama dari Amerika Syarikat secara jelas telah mengiktiraf serta menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib yang dilantik semula sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh BN.

Mungkin Anwar lupa bahawa beliau telah berjanji pada dirinya dan rakyat Malaysia bahawa beliau akan kembali kepada dunia akademik sebagai pensyarah universiti sekiranya gagal dalam cubaan untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau mungkin lupa tetapi rakyat dan media yang melaporkan kenyataannya tahun lalu mempunyai memori yang panjang.

Adalah elok beliau menerima kekalahan pakatan pembangkang secara 'gentleman' serta hati terbuka.

Mengadakan demonstrasi dengan menggunakan Bersih sebagai landasan untuk mencetuskan keganasan dan ketidakstabilan politik pasca PRU13 hanya akan mengundang tindakan undang-undang yang keras daripada pihak keselamatan.

Seperti mana yang dinasihati oleh Perdana Menteri pada malam kemenangan BN, cukuplah selama empat tahun pembangkang berpolitik secara agresif dan menimbulkan pelbagai polemik da kontroversi sehingga masyarakat berpecah.

Marilah semua rakyat tidak mengira bangsa, agama dan oroientasi politik berganding bahu ke arah 'national reconciliation' atau perpaduan nasional.

Masa untuk berpolitik pilihan raya sudah tamat pada 5 Mei lalu dan suara keramat rakyat sudahpun memberi kemenangan kepada BN.

Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang boleh menolak keputusan PRU13 yang memihak kepada BN atau menjerit sepuas hati mereka untuk membantah tetapi hakikatnya keputusan muktamad telah diumumkan oleh SPR dan ianya perlu diterima oleh semua rakyat.

Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

ends

Sent from Yahoo! Mail for iPhone
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

11 Komen

  1. Anonymous
    8:06 PM

    PRU-14 dia umuq 71 thn ... La gelabah gedek xleh jadi PM salahkan BN,SPR,PDRM dll... Mcm paku xde gasing... La pulak.

  2. Anonymous
    8:11 PM

    bring it on Anwar...bersih arituh kena hambat dengan polis pon mencicit lari...

  3. Anonymous
    8:44 PM

    BARUA TALI BARUT ISRAEL INI TAK HABIS-HABIS DOK BUAT KECOH DALAMA NEGARA. NAK TANYA LAA BILA NAK TERUSKAN SIASATAN LAHAT DATU TU? ZAHID HAMIDI BILA NAK PROCEED ANGKAT PENGKHIANAT NEGARA? DOK TUNGGU APA LAGI..10 NYAWA DAH MELAYANG...KALAU BLOGER TULSI TERUS P TANGKAP....APA CERITA..BILA MAHU TANGKAP SEMUA PENGKHIANATA TU?

  4. Anonymous
    8:48 PM

    cukup-cukuplah...x payahlah nak aj ak rakyat buat huruhara. Nanti kalau dah jadi perkara x elok, kau and the gang cabut lari...cuci tangan. Kan dah menang, laksanakanlah amanah secara terhormat dan bukannya mcm org tidak siuman

  5. SENTIMEN LAMA YG DIULANG2. BOSAN DAN MEMBUANG MASA. ORG NAK KERJA, CARI REZKI DAN MENYARA KELUARGA. BUKAN KELENTONG SANA SINI.

  6. Anonymous
    12:00 AM

    Anwar tetap Anwar....cuba untuk ubah takdir dirinya yang tetap tidak akan menjadi PM Malaysia buat selamanya...menentang takdir, itu yang cuba Anwar lakukan.Nak tak nak Anwar tetap nak jadi PM karna dengan cara itulah Anwar boleh terselamat daripada berhadapan dengan rayuan saiful terhadap kes liwat di Mahkamah Rayuan kelak...malah, Anwar juga bakal berhadapan dengan tuduhan dalang pencerobohan di Lahad Datu....Anwar takkan selamat kerana Anwar pandai merancang tipu helah, tapi Allah jualah sebaik2 perancang.

  7. Anonymous
    12:57 AM

    Jangan dia buat buat lupa kes liwat bulan jun akan bicara..jdia nak kalih perhatian daripada rakyat ingatbkes liwat yg akan berjalan tak lama lagi..jgn bagi dia tanguh tanguh lagi..lawan tetap lawan..

  8. Anonymous
    1:00 AM

    Jangan dia buat buat lupa kes liwat bulan jun akan bicara..jdia nak kalih perhatian daripada rakyat ingatbkes liwat yg akan berjalan tak lama lagi..jgn bagi dia tanguh tanguh lagi..lawan tetap lawan..

  9. Anonymous
    1:00 AM

    Jangan dia buat buat lupa kes liwat bulan jun akan bicara..jdia nak kalih perhatian daripada rakyat ingatbkes liwat yg akan berjalan tak lama lagi..jgn bagi dia tanguh tanguh lagi..lawan tetap lawan..

  10. Anonymous
    1:06 AM

    Ana setuju dengan nuar. Spr patut buat pengundian semula di permatang pauh, buki katil, gombak, klang, shah alam, batu pahat dan lumut. Ada mau?

  11. Anonymous
    10:47 AM

    rakyat malaysia jgn terpengaruh dgn hasutan utk berdemo...bgi mrka yg berniaga akn terganggu dn mengalami kerugian kerana tdk dpt byr pinjaman bnk dok kena ganggu dgn demo dn huruhara sana sini...klu x puas hati dgn kptusan pru13 bwa je ke mahkamah...buat apa demo2?...rakyat malaysia jga ada hak utk nikmati negara yg aman

Post a Comment