Financial Times baru saja menyiarkan satu artikel berkenaan Anwar
Ibrahim yang penulis kira perlu diberi perhatian oleh semua rakyat Malaysia
terutama di ambang pilihanraya ini.
Artikel ini mampu membantu kita memahami apa dan siapa yang bakal kita
pilih esok hari.
Dalam artikel yang bertajuk ‘Anwar Ibrahim: Ahli Politik Malaysia yang kompleks’,
wartawan David Pilling telah menyimpulkan dua perkara penting mengenai hala
tuju pentadbiran Anwar, berdasarkan pertemuannya dengan Anwar selepas ceramah
di Sungai Buaya dua hari lalu.
Pertamanya, Anwar memberi jaminan yang beliau tidak akan
sekali-kali membenarkan undang-undang Islam (hudud) dilaksanakan.
Keduanya, Anwar berjanji akan menghapuskan Hak Keistimewaan
Melayu.
Apapun alasan Anwar bagi kedua-dua perkara ini adalah tidak
penting, kerana yang penting adalah apa yang bakal dilaksanakannya.
Jaminan dan janji Anwar itu pasti akan melegakan hati DAP namun ia
pasti mengguris perasaan PAS. Bagi UMNO
pula, bukanlah mengejutkan jika nasib umat Melayu langsung tidak ada dalam
agenda Anwar dan kerana itulah kita menentang Anwar.
Hakikatnya, kaum minoriti di negara ini tidak pernah tertindas
kerana wujudnya Hak Istimewa Melayu.
Malah kaum minoriti, iaitu kaum Cina yang paling lantang mengkritik
perkara ini, merupakan kaum paling berjaya.
Walhal, hak mereka tidak pernah dirampas oleh Hak Istimewa
Melayu. Sebaliknya, Hak Istimewa Melayu
adalah bertujuan mempertahankan hak Melayu dari dirampas mereka.
Dalam kata lain, cadangan menghapuskan Hak Istimewa Melayu
bermakna memberi hak kepada kaum lain untuk merampas hak Melayu.
Kaum minoriti negara ini telah pun diberikan hak yang tidak
mungkin dinikmati oleh kaum minoriti di negara-negara lain. Antaranya, mereka punya hak untuk membuka
sekolah berasingan, taraf kelayakan Bahasa Kebangsaan mereka direndahkan,
mereka boleh membina pusat-pusat agama mereka tanpa halangan malah hari-hari
perayaan mereka juga diiktiraf sebagai cuti umum.
Bagi menyokong hujahnya, Anwar menyatakan bahawa Hak Istimewa
Melayu menghalang potensi negara dari segi persaingan. Apakah maknanya ini?
Maknanya, Anwar menyatakan bahawa Hak Istimewa Melayu telah
membataskan peluang kaum yang lebih kaya dari mengambil-alih hartanah kaum
bumiputera. Dan Anwar menganggap itu
sebagai tidak adil.
Bagi Anwar kaum yang lebih kaya wajar dibiarkan membeli sebanyak
mana hartanah dan memiliki apa saja peluang yang mereka mampu.
Contohnya, Kampung Baru yang sekian lama diidam oleh para pemaju
Cina untuk dibangunkan. Anwar melihat
bahawa mereka wajar diberi hak untuk membangunkannya serta menghalau kaum
Melayu keluar kerana tidak mampu berbuat demikian. Membenarkan kaum Melayu untuk terus
mempertahankan tanah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur itu adalah
penghalang kepada potensi besar untuk menjana kewangan.
Ini bukan cerita dongeng, tetapi hakikat yang dari kenyataan Anwar
yang jelas.
Justeru, bagi rakyat Malaysia yang akan mengundi esok, inilah
diseru agar memahami kedua-dua perkara ini sebaik-baiknya. Walaupun di hadapan
pengundi Melayu Anwar berjanji akan mempertahankan hak mereka, namun sedarlah
bahawa beliau menyatakan sebaliknya di belakang mereka.
Anwar berani membuat kenyataan yang bertentangan dengan
kenyataannya sendiri kerana Anwar yakin penyokong-penyokongnya dari bangsa
Melayu yang memerlukan perlindungan di bawah Hak Istimewa Melayu, tidak akan
membaca Financial Times.
Nampaknya sikap talam dua muka Anwar turut dikesan oleh wartawan
Financial Times sendiri. Di awal
artikelnya, David Pilling menggambarkan Anwar di pentas ceramah sebagai seorang
‘penghibur kelab malam’ di mana beliau telah terlebih dahulu berlatih dengan
skrip dan mimik muka serta disesuaikan pula dengan ketika tertentu.
Di akhir artikel pula Pilling mempersoalkan siapa Anwar; Pejuang
Islam atau Liberal? Nasionalis Melayu
atau Ahli Politik Untuk Berbagai Kaum?
Anwar telah menyertai UMNO atas alasan tertarik dengan kesungguhan
UMNO membela Melayu tetapi kemudiannya menghentam UMNO kerana membela
Melayu. Anwar pernah menjadi sebahagian
dari Mahathirisme tetapi kemudiannya menjadi penentang keras Mahathirisme.
Bukan sahaja perjuangan Anwar tidak konsisten, malah personaliti
Anwar juga tidak konsisten. Mungkin
kerana itulah David Pilling menyimpulkan Anwar sebagai ‘calon yang tiada
kepastian’.
Akhir sekali, ketika ditanya bagaimana Anwar boleh membuat
perubahan ke atas sesuatu yang begitu sebati dengan negara hanya dalam masa 100
hari pertama pentadbirannya? Anwar tidak
menjawab, sebaliknya bergurau menyuruh Pilling tidur sahaja kerana jam sudah
pukul 2 pagi.
Itulah Anwar, semua ini hanya satu pementasan baginya di mana
beliau membawa watak hero iaitu seorang pemimpin yang bangkit melawan
penindasan!
9:44 PM
RAJA LAWAK. SAORANG PELAKUN MURAHAN