Asas Kejayaan Pembinaan Malaysia Ialah Sikap Toleransi Orang Melayu

Kejayaan Festival Belia Putrajaya baru-baru ini membuka lembaran baru dalam gerakan belia di Malaysia, dan kita harus fikirkan persoalan yang cukup penting adakah masa depan Negara akan diputuskan oleh generasi muda yang akan datang sepenuhnya.

Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Saravanan berkata, walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 lalu ditentukan oleh generasi muda, tetapi kumpulan ini telah dipandu oleh media termasuk media sosial.

Tapi dalam masa yang sama, masalah yang kita hadapi ialah ramai anak muda tidak begitu bijak untuk mengkaji semula sejarah Negara. Kita kita lihat sejarah dunia, di Negara-negara barat telah menelan masa hampir 500 tahun untuk melahirkan generasi sederhana.

“Tapi dalam negara kita cintai ini, dalam masa 50 tahun sahaja, kita bukan sahaja melahirkan golongan kelas sederhana tetapi kita telah mengecapi kejayaan yang kita nikmati sekarang.

Asas kejayaan kita hidup aman damai dan makmur di Malaysia kerana sikap toleransi orang-orang Melayu yang menerima semua kaum sebagai rakan kongsi untuk menguruskan Negara ini secara aman dan damai.

Kita tidak boleh lari dari fakta. Yang penting adalah sikap toleransi orang-orang Melayu yang kini telah berubah dari sikap toleransi kepada sikap penerimaan, khususnya sejak YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan Negara,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra bersama pengiat media sosial yang turut membantu Kementerian Belia Dan Sukan dalam mempromosikan Festival Belia Putrajaya baru-baru ini.

Tambahnya, kewibawaan pemimpin sejak zaman Tunku Abdul Rahman sehingga ke hari ini, semangat perpaduan antara kita dan yang paling penting adalah kestabilan politik yang berterusan menjadi lambang pembinaan Negara Malaysia yang cemerlang dan hidup aman damai antara semua kaum.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan kepada semua pengiat media social agar berubah dari bukan sahaja sekadar pengiat media sosial sebaliknya menjadi pengiat media yang bertanggungjawab.

“Hari ini masalah kita bukan dengan fakta, sebaliknya masalah kita adalah persepsi. Sebagai contoh bagaimana sebuah akhbar berbahasa Tamil telah mengeluarkan gambar sebegitu ramai belia yang hadir dalam program Festival Belia di Putarajaya, namun sebaliknya caption gambar ialah inilah golongan belia yang menyokong Anwar di Petaling Jaya.

Begitu juga dengan mereka yang bertanding dalam PRU13 yang lepas, mereka yang bertanding mesti tahu bahawa proses pengiraan undi di pusat-pusat mengundi bermula kira-kira jam 5.30 atau selewat-lewatnya pada jam 6 petang, kita bukannya ada ramai pengundi dalam satu-satu kawasan peti undi, dan antara jam 7 sesi pengiraan undi ini akan selesai.

Maka, soal tidak ada elektrik ini tidak timbul lagi. Jika tidak ada elektrik, bukannya penyokong-penyokong BN ini ada mata bionic, orang lain (penyokong PR) tak nampak pengiraan tetapi penyokong BN nampak,” tambahnya lagi.

Malah dakwaan kononnya BN menggunakan pengundi hantu dari Bangladesh juga tidak relevan, kerana kalaulah wujud pengundi hantu dari Bangladeh, tidak mungkin dua Ketua Menteri (Datuk Ali Rustam dan Datuk Ghani Othman) akan kalah, Parlimen Lembah Pantai yang ditandingi Nurul Izzah pun BN kalah, malah BN kalah lebih banyak kerusi di negeri Selangor jika dibandingkan PRU2008.

“Jika BN boleh memutar belit, kita tidak akan jadi sehingga macam ini tetapi kerana persepsi, rakyat masih keliru. Jadi apa yang penting adalah peranan pengiat sosial media yang harus berubah untuk menjadi pengiat media sosial yang bertanggungjawab.

Fikirkan masa depan Negara, kerana jika tidak ada lagi kestabilan politik maka masa depan kita sama-sama akan hancur. Kita akan jadi mangsa kerana Negara ini tidak diduduki oleh satu-satu kaum yang tertentu.


Kita dah nampak bahawa kaum minoriti dah mula mengugut kaum majoriti. Satu suasana yang tidak baik, kita lihat sejarah dunia, kaum-kaum majoriti menggugut kaum minoriti, tidak akan menjadi rusuhan, masih dapat di kawal tetapi jika kita ke arah kaum minoriti dah mula mengugut kaum majoriti, satu hari ia akan tetap menjadi rusuhan,” tambahnya. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment