Taktik Pakatan Rakyat untuk merusuh telah pun diketahui
ramai. Mereka memulakannya dengan
provokasi seperti membelasah penyokong BN serta ‘menyerang’ bilik-bilik gerakan
BN dengan harapan BN akan bertindak balas sehingga terjadinya ketegangan.
Semalam, terdedah lagi satu taktik mereka memasang bendera-bendera
kecil berwarna-warni di beberapa tempat di seluruh pelusuk Kuala Lumpur dan
Selangor. Difahamkan ia merupakan pelan
logistik himpunan ke arah rusuhan.
Selain itu, kita juga sudah mengetahui pelan Anwar Ibrahim untuk
melarikan diri ketika rusuhan berlaku dan terdapat tiga negara pilihannya iaitu
Amerika, Australia atau satu lagi negara yang masih ‘agak’ rahsia.
Sebelum semua ini terdedah, kita juga telah terlebih dahulu
mendedahkan hujah-hujah mereka dalam berkempen, seperti mencari seorang yang
menyerupai Anwar di Thailand untuk membuktikan bahawa bukan Anwar di dalam
video aksi dengan China Doll. Namun,
taktik itu terpaksa dibatalkan kerana ‘mamat Thai’ tersebut jauh terlalu muda
untuk diyakinkan sebagai orang di dalam video.
Dua tiga minggu sebelum itu pula, para blogger telah terlebih
dahulu menyatakan bahawa Anwar akan mengeluarkan surat dari Ulama tersohor
Yusuf Qardawi bagi membuktikan konon beliau mendapat sokongan ulama.
Dan ternyata, Anwar
benar-benar mengikut skrip dan surat itu pun dikeluarkannya semalam tetapi hari
ini telah dibuktikan sebagai ditulis oleh anak Ulama itu tanpa kelulusan
bapanya.
Kali ini, satu lagi taktik PR terdedah iaitu bahawa mereka telah
pun menempah 10,000 baju T berlogo Barisan Nasional untuk dipakai ketika
merusuh. Tujuannya adalah untuk
memburukkan BN, sekali gus memudahkan huru-hara dicetuskan dengan terlebih
dahulu berlakon untuk bergaduh dengan penyokong mereka yang lain. Mereka menjangka, pergaduhan itu akan
merebak dan ‘menjangkiti’ penyokong BN dan penyokong PR yang lain.
Selalunya yang diupah untuk melakukannya adalah dari kalangan
samseng dan juga anak-anak muda yang terkapai-kapai mencari arah tujuan yang
langsung tidak memahami motif mereka di upah atau apakah kesan dari tindakan
mereka. Sangka mereka ia adalah satu
keseronokan dan mungkin juga perjuangan.
Dengan itu, kita menyeru kepada ibubapa agar menasihati anak muda agar
jangan mudah terikut-ikut dengan hasutan untuk membuat huru-hara.
Di masa yang sama, kita ingin mengingatkan rakyat Malaysia agar
berfikir lebih panjang sebelum terpengaruh dengan apa-apa juga kekecohan yang
berlaku di depan mata kita sepanjang pilihanraya. Jangan mudah melatah jika melihat pergaduhan,
sebaliknya laporkan kepada pihak berkuasa untuk untuk mengambil tindakan.
Jangan jayakan segala perancangan huru-hara pembangkang. Biarkan mereka terjerit-jerit dan
terlompat-lompat sesama sendiri.
Jalankan tanggungjawab dan hak anda untuk mengundi dengan tenang.
0 Komen