Buntu Lantik Exco Serlahkan Konsep Sepakat Untuk Tidak Sepakat Pakatan Pembangkang - Lokman Noor Adam



Walaupun pilihan raya umum ke-13 sudah dua minggu berlalu dan pihak pakatan menang lebih selesa dan mengekalkan penguasaan di negeri Selangor, namun sehingga ke hari ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim masih gagal mewujudkan barisan EXCO kerajaan negeri, membuktikan bahawa pihak pakatan ini hanya ‘tidur sebantal tapi mimpi lain-lain’.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, scenario politik pakatan di Selangor ini membuktikan tidak wujud konsep persepakatan dan permuafakatan dalam menentukan barisan kepimpinan negeri, sedangkan pada dasarnya, PRU13 ini, penguasaan mereka lebih baik berbanding pada PRU12.


“Ini berbeza dengan BN, kita mempunyai prinsip yang jelas siapa yang layak dan sewajarnya menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri sehinggalah kepada kepimpinan kerajaan negeri di bawah pentadbiran kerajaan BN.

Dalam masa yang sama, perlantikan menteri cabinet ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan ianya diterima baik oleh akar umbi,” ujarnya yang juga mantan Majlis Kerja Tertinggi Parti Keadilan Nasional.

Tambahnya, konsep persepakatan dan permuafakatan dalam BN ini tidak wujud dalam pakatan kerana mereka saling berebut kuasa dari jawatan Perdana Menteri sehinggalah ke jawatan EXCO Kerajaan negeri, contohnya di Selangor.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali difahamkan mengintai jawatan penting di negeri terkaya itu sehingga tercetus sedikit pertikaian dan drama dan berakhir selepas Abdul Khalid mengangkat sumpah Selasa lalu, lebih seminggu selepas selesai pilihan raya umum 5 Mei.

Khalid telah dilantik semula sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua selepas Pakatan Rakyat (PR) memenangi majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya 2013 dengan meraih 44 kerusi 56 kerusi DUN.

PAS dan DAP memenangi 15 kerusi setiap satu, manakala PKR pula 14 kerusi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Anonymous
    12:01 PM

    NASIB BAIK TAK BEREBUT "BINI". DISARANKAN SUPAYA PAKATAN ADAKAN HIMPUNAN DISTADIUM SHAH ALAM MENDESAK SUPAYA KERAJAAN DIBENTUK DALAM TEMPOH 2-3 HARI NI. APA SUSAH BENAR NAK LANTIK EXCO. PAS ADA KERUSI LEBIH DPD PKR SERAH JAWATAN MB KAT PKR, KAN BODOH BAHALOL NAMANYA....ENTAHLAH

  2. Anonymous
    12:17 PM

    Lantik 3 MB dan setiap portfolio 3 calun. Tapi gaji kena bagi 3. Baru adil. Lagi pun PR bukan komponen berdaftar pun.

  3. Anonymous
    1:44 PM

    Hindraf jd menteri MIC tak sakit hati ke bai ? Kehkehkehkeh

Post a Comment