Perbalahan di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat nampaknya
semakin meruncing. Tindakan beberapa
pemimpin mereka mengkritik malah menyeru penyokong PR agar jangan memberi undi
kepada sekutu sendiri menjadikan pakatan itu berada di dalam
terumbang-ambing.
Antara insiden yang menyebabkan PR bergolak teruk sepanjang tempoh
berkempen ini termasuklah tindakan Haji Hadi menunjukkan penentangan keras
terhadap PSM dan kemudiannya memberi sokongan kepada calon Bebas yang menentang
PKR di Kuantan. Di celah-celah itu,
PAS, melalui Haron Din membuat percubaan terakhir untuk meraih kembali sokongan
Melayu dengan menegaskan kembali bahawa mereka tetap akan melaksanakan hudud
jika menang.
Sehubungan dengan itu, sepantas
kilat, Kit Siang, Guan Eng dan Karpal Singh menegaskan bahawa hudud
tidak mungkin akan dilaksanakan oleh PR jika menang.
Haron Din dan PAS tidak berputus asa dan terus cuba menipu diri
sendiri dengan membuat kenyataan kononnya DAP sebenarnya tidak menentang
hudud. Namun, mereka tidak mampu menipu
orang ramai. Kemuncaknya, Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor pula
membuat kenyataan lantang agar menolak PAS untuk kesekian kalinya.
Tidak cukup dengan itu, di Permatang Pauh pula, PAS secara
terang-terangan berkempen untuk calon BN.
Semua yang berlaku ini menyebabkan penyokong-penyokong PAS
membara. Tekanan agar PAS keluar
pakatan semakin kuat.
Memandangkan keadaan semakin tidak terkawal, akhirnya Datuk Harun
Taib, Ketua Dewan Ulama PAS membuat kenyataan memujuk ahli-ahlinya agar
bersabar. Menurutnya, mereka sudah
sampai di ambang pilihanraya dan tidak boleh berpatah balik. Maka, mereka harus meneruskan kerjasama
dengan DAP, PKR dan PSM bagi memastikan kemenangan.
Selepas itu, barulah mereka akan ‘uruskan’ masalah perbalahan
sesama sendiri, atau dalam kata lain, keluar pakatan.
Ini membuktikan sikap tidak bertanggungjawab di pihak Harun Taib
atau PAS. Mana mungkin mereka terus
bekerjasama dan berusaha untuk menang sedangkan hala tuju selepas kemenangan
masih kelam? Untuk apa jika sekadar
menang tetapi kemudiannya tercari-cari arah?
Dalam pilihanraya ini, rakyat perlu tahu, ‘apakah’ yang mereka
undi.
Maknanya, apakah mereka mengundi hudud atau Malaysian
Malaysia? Atau apakah mereka mengundi
liberalisme? Mudah sahaja untuk menyuruh
rakyat memangkah lambang parti masing-masing tetapi apakah parti tersebut akan
mampu melaksanakan apa yang dirancang atau dijanjikan?
Sikap PAS mahupun PR secara keseluruhan yang mengambil mudah
perbalahan sesama mereka adalah sesuatu yang amat merbahaya. Rakyat tidak boleh memberi kemenangan kepada
parti yang tidak bertanggungjawab sehingga begini sekali. Bayangkan sekiranya menang, berapa lama pula
mereka akan mengambil masa untuk menyelesaikan perbalahan sesama sendiri?
Apa yang lebih penting ialah, mungkinkah ada penyelesaiannya?
Sudah jelas kini bahawa PAS hanya ingin menang pilihanraya. Inilah matlamat mereka, iaitu untuk melampiaskan
dendam yang membara terhadap UMNO. Biar
apapun yang terjadi selepas menang, itu adalah cerita lain. Asalkan mereka boleh melihat UMNO tumbang,
itu sudah cukup untuk membuat Harun Taib, Haron Din, Hadi Awang dan Nik Aziz
merasa tenang.
1:10 AM
keluar serta merta le. salepas pru mungkin dah jd bubur!
1:15 AM
Yup...lebih baek kluar sblm....takut nasi jadi bubur...adlh trbaek jika bersama umno...jdikn melyu.dominan...in sya allah hudud boleh dibincangkan...dan dilaksanakan berperingkat..
1:16 AM
Yup...lebih baek kluar sblm....takut nasi jadi bubur...adlh trbaek jika bersama umno...jdikn melyu.dominan...in sya allah hudud boleh dibincangkan...dan dilaksanakan berperingkat..
3:54 AM
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=4uw4LiXoE_0
Sidang Media PEMBELA isu Video Doa Kristian untuk PRU13
minta tolong share kan PC ini di blog tuan...terima kasih...