Johor Rancang Bina Banyak Rumah Mampu Milik



Kerajaan Johor merancang untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun bagi membolehkan rakyat menikmati kediaman sendiri selain memenuhi keperluan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu merupakan antara pendekatan yang dilihat dapat membantu menyelesaikan masalah pemilikan rumah khususnya dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Kerajaan negeri sedang berbincang dan memperhalusi usaha terbabit supaya impian rakyat untuk memiliki kediaman sendiri dapat direalisasikan. Usaha mengenal pasti tanah di beberapa kawasan tertentu sama ada milik kerajaan atau agensi di bawahnya sedang dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas melawat Bazar Karat di sini malam Khamis.

Menurut Mohamed Khaled pihaknya akan meneliti semula setiap pemaju di negeri ini bagi memastikan mereka membina rumah mampu milik dalam setiap projek perumahan yang dilaksana seperti yang disyaratkan.

Baca seterusnya di sini.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    1:56 PM

    Diharp semua projek tersebut diserahkan kepada kontraktor melayu. Ramai lagi melayu yang berkemampuan.

Post a Comment