Lebih kurang tiga minggu lalu, rakyat Kelantan telah dikejutkan
dengan pendedahan mengenai 14 lot tanah bernilai lebih RM4 juta yang dimiliki
oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tika itu adalah Menteri Besar Kelantan.
Keluasan gabungan 14 lot tanah itu ialah 4.4 ekar (1.76 hektar)
dan terletak di Jajahan Kota Bharu yang mana sekiranya status tanah itu
dikomersialkan nilaiannya boleh mencecah harga RM10 juta.
Selain Nik Aziz, isterinya iaitu Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak
turut memiliki 13 lot tanah juga di sekitar Jajahan Kota Bharu yang bernilai
jutaan ringgit termasuk dua lot daripadanya yang terletak di Pulau Melaka.
Nik Aziz yang terkejut dengan pendedahan tersebut segera tampil
menafikan dakwaan yang mana menurutnya tanah atas namanya itu sebenarnya adalah
milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan beliau hanyalah pemegang
amanah selaku MB Kelantan.
Bagaimana pun sehingga hari ini Nik Aziz atau wakilnya gagal
menjelaskan status 13 lot tanah atas nama isterinya. Tiada jawapan mengenai
pemilikan tanah atas nama isterinya itu, seolah-olah sengaja di diamkan untuk
mengelakkan kontroversi.
Kini status Nik Aziz hanyalah sebagai bekas Menteri Besar
Kelantan, jika diikutkan penjelasan Nik Aziz dan PMBK sepatutnya selaku
pemegang amanah (jika benar), maka kesemua 14 lot tanah itu sudah bertukar nama
kepada MB Kelantan sekarang iaitu Ahmad Yakob.
Namun sampai sekarang tiada pengumuman oleh Kerajaan PAS Kelantan
menyebabkan timbulnya kebimbangan kalau-kalau kelak tanah itu akhirnya menjadi
harta pusakan Nik Aziz sekeluarga.
Justeru itu amatlah perlu Kerajaan PAS Kelantan tampil segera
membuat penjelasan kerana jika benar ianya hanya amanah maka amat perlu semua
27 lot tanah termasuk 13 lot tanah atas nama isteri Nik Aziz dipulangkan semula
kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
5:44 PM
HARAM HARAM HARAM
HALAL HALAL HALAL.
SENDIRI KASI PILIH..............APA ADA SUSAH.
SESUNGGUHNYA ALLAH ITU LUAS PENGETAHUAN NYA.
NEVER JUDGE A BOOK BY ITS COVER.....
6:51 PM
aku bukan pas, tp bia je la die. orang cina tanah lg banyak. ni melayu ade sikit pun nak bising, aku tak berape suke nik aziz, tapi melayu tetap melayu.
1:09 PM
kat selangor berapa ekar pulak tanah yg di tular milik masa pentabiran dtk seri khir toyo bang?