KERIS, Dato Mohd Noor Abdullah & Perlembagaan Persekutuan



Berikut adalah intipati ucapan (kata-kata) Presiden Kelab Warisan Malaysia (KERIS), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap laporan portal pro-pembangkang, MalaysiaKini.

****

Sememangnya istilah bangsa Cina dan India tidak di nyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan melainkan Perlembagaan hanya menyatakan tentang 4 masyarakat iaitu Melayu, orang asli, bumiputera Sabah dan Sarawak dan kaum-kaum lain.

Seterusnya, berkaitan sekolah vernacular di Malaysia, sememangnya dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mengiktiraf kewujudan sekolah berkenaan melainkan Sekolah Agama Islam yang boleh di biayai oleh peruntukan Persekutuan atau Negeri menurut perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.

Selanjutnya, berkaitan Tanah Rezab Melayu, kami mempertahankan kenyataan Dato Mohd Noor Abdullah berkenaan kerana sememangnya menurut Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan, Tanah Rezab Melayu yang di isytiharkan sebelum hari merdeka hendaklah terus wujud dan jika di lucut hak sebagai Tanah Rezab Melayu, hendaklah diganti tanah rezab tersebut dengan keluasan yang sama.

Selanjutnya, kami turut mempertahankan kenyataan Dato Mohd Noor berkaitan pembahagian tidak seimbang kek kekayaan Negara kerana selepas 56 tahun merdeka, pegangan ekuiti orang Melayu hanyalah sekitar 20% dan di antara senarai 20 orang terkaya di Malaysia hanya 4 orang Melayu tersenarai.

Sememangnya kami menyokong gesaan Dato Mohd Noor Abdullah bahawa dalam tempoh 10 tahun akan datang, perlu ada satu strategi di atur bagi memboleh Yang Di Pertuan Agong memainkan tanggungjawab perlembagaan Baginda menurut perkara 153 Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu di dalam bidang pendidikan,perkhidmatan awam dan perniagaan.

Kami menegaskan bahawa ucapan beliau secara keseluruhannya adalah berbentuk konstruktif mengikut peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan, sesuai dengan kedudukan dan pengalaman serta kepakaran beliau selaku Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia dan ucapan beliau itu tidak seharusnya di gelar sebagai Rasis kerana beliau hanya bercakap tentang peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan.

Setiap warganegara Malaysia melafazkan ikrar rukunegara yang sama iaitu Keluhuran Perlembagaan iaitu bermaksud setiap warganegara akur dan patuh dengan apa yang telah terkandung dalam Perlembagaan.

Tindakan Malaysiakini yang menyebarkan ucapan beliau secara terbuka ini adalah jelas dengan tujuan untuk mengapi-apikan dan hasutan untuk melagakan kaum-kaum di Malaysia.

Pada masa yang sama, ucapan ini adalah satu peringatan kepada kita semua rakyat Malaysia agar menghormati hak-hak Perlembagaan orang Melayu dan jangan sesekali mencabar dan cuba mengambil lebih daripada apa yang sepatutnya demi menjamin keharmonian Negara.

Kami menegaskan bahawa orang-orang Melayu kini telah berpendidikan tinggi dan akan bersatu mempertahankan agama, bangsa dan tanah air kami daripada sebarang agenda untuk menyamaratakan antara kaum di Malaysia.

Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

6 Komen

  1. Anonymous
    1:55 PM

    Perhhhhh...memang mantop...terkedu puak2 dapiq

  2. Anonymous
    2:17 PM

    Syabas!
    Kami berbangga dengan kejantanan kamu!
    Beri no akaun dan saya dan sedekah kepada persatuan anda

  3. Anonymous
    3:46 PM

    kami melayu sedar menyokong 100 peratus.

  4. Anonymous
    3:49 PM

    Dato Mohd Nor adalah hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan kes Fatimah Sidi (Kes Serban) di Seremban. Dalam penghakiman beliau telah menyatakan bahawa Perkara 3 (1) Perlembagaan bahawa Islam adalah diutamakan kerana perkataan Islam disebut dalam Perlembagaan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni. Belaiau juga terjeu bahawa peraturan berpakaian sekolah rendah dan menengah tidak mengikut syariat Islam. Seluar panjang bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan. persoalannya Apa yang DS Anuar dah lakukan untuk memartabatkan Islam semasa beliau menteri pelajaran dulu?????

  5. Harimau Kumbang
    4:08 PM

    Wahai Melayu sedar lah...marilah kita bersatu
    Bersatu teguh bercerai roboh...

  6. Anonymous
    4:16 PM

    Hebat hebat hebat....persatuan atau kelab beginilah yg patut di perluaskan keahliannya...biar ramai anak2 warisan kite lbh mengenali dan tahu akan HAK mrk..bkn setakat dok brhiburan sahaja..

Post a Comment