Khairul Azam, KERIS & MalaysiaKini ......



Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap web portal Malaysiakini telah memuatnaik berita bertajuk “Pengkhianatan orang cina itu benar” dalam versi bahasa Melayu dan mengeluarkan berita dalam versi Bahasa Inggeris bertajuk ‘Racist? Ex-judge in his own words pt1”

Kelab Warisan Malaysia (KERIS), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, berita tersebut boleh terjumlah kepada satu kesalahan di bawah seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948 kerana Malaysiakini telah bertindak menyebarkan suatu ucapan di majlis tertutup dan tidak di niatkan oleh penganjur atau pengucapnya untuk di sebarkan secara meluas kepada pengetahuan awam.

“Menurut seksyen 505 (c) Kanun keseksaan, “Barangsiapa membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum dia yang sabit kesalahan boleh di penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Malaysiakini tidak di jemput sebagai media untuk hadir ke program berkenaan. Malaysiakini ternyata telah menceroboh masuk ke dalam dewan untuk mendengar satu forum tertutup dan telah secara tidak bertanggungjawab dan menyalahi etika kewartawanan, telah membuat rakaman dan seterusnya menyebarkan transkrip rakaman tersebut untuk pengetahuan awam tanpa izin dari penganjur dan Dato Mohd Noor Abdullah sendiri,” ujarnya mempertahankan  kenyataan yang di buat oleh Dato Mohd Noor Bin Abdullah, Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia di Wacana Post Morterm PRU-13 : Bicara Kepimpinan Dan Survival Ummah baru-baru ini.

Tambahnya, tindakan ini adalah seolah-olah wartawan Malaysiakini telah menyusup masuk dan mengintai apa yang berlaku dalam program wacana tersebut dan dengan niat jahat telah menyebarkan pula apa yang berlaku dalam majlis berkenaan.

“Saya percaya berita berkenaan telah mendapat banyak reaksi negatif daripada pembaca terutamanya pembaca bukan Melayu kerana sememangnya orang bukan Melayu tidak akan selesa mendengar sesuatu fakta berkaitan hak undang-undang berkaitan bangsa Melayu. Dato Mohd Noor Abdullah berkenaan membuat ucapan sedemikian di khalayak 100% berbangsa Melayu dan sememangnya ucapan dalam mood sedemikian tidak sesuai untuk di dengar oleh orang bukan Melayu.

Namun kami menegaskan dan mempertahankan apa yang telah di ucapkan oleh Dato Mohd Noor Abdullah berkenaan kerana sememangnya kandungan ucapan beliau itu adalah fakta undang-undang yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi di Malaysia,” ujarnya lagi.

NGO lain yang turut bersama ialah Yayasan Bina Negara, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia dan Alumni GPMS UiTM Malaysia. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment