Khaled Nordin Galak EXCO Johor Main Peranan Lebih Besar



Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor yang baru dilantik semalam akan diberikan peranan yang lebih besar untuk membantu pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dalam pentadbiran baru kerajaan negeri di bawah kepimpinannya, Exco yang dilantik bukan sahaja bertanggungjawab menjaga kawasan masing-masing, tetapi juga berperanan membantu mewujudkan hubungan antara daerah dan kawasan di sekeliling mereka.

"Saya akan galakkan Exco supaya memainkan peranan yang lebih besar sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan negeri," katanya kepada pemberita ketika memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di pusat pentadbiran kerajaan negeri di Nusajaya di sini hari ini.

Semalam, Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi mengetuai barisan sembilan Exco mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mohamed Khaled yang memulakan tugasnya hari ini dengan mempengerusikan mesyuarat Exco berkata demikian sebagai mengulas barisan Exco dilantik yang mewakili hampir setiap kawasan di negeri ini.

Baca seterusnya di sini
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment