Khaled Nordin & Harapan Rakyat Johor



Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan negeri Johor akan mendapatkan input daripada rakyat bagi mengetahui hasrat dan harapan mereka terhadap kerajaan berhubung usaha membangunkan negeri ini untuk tempoh lima tahun akan datang.
Satu mekanisme akan diperkenalkan bulan depan bagi mengumpul hasrat dan harapan rakyat untuk dikategorikan.

Bagi memastikan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinannya, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) diminta mengemukakan perancangan dan sasaran portfolio masing-masing dalam tempoh tiga bulan.
Terdahulu dalam ucapannya ketika merasmikan pusat boling di Kompleks Pasir Gudang baru-baru ini, Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri komited dalam memastikan pertumbuhan ekonomi di negeri ini terus berkembang pesat supaya nikmatnya dapat dikecapi setiap lapisan rakyat di negeri ini.
“Tanggungjawab menjana ekonomi bukan sahaja akan dipikul oleh kerajaan negeri, tetapi juga pihak berkuasa tempatan selain menjadi pemudah cara kepada usahawan-usahawan yang baru hendak menceburkan diri,” katanya.
Dengan cara memberikan pengecualian dan kelonggaran tertentu, ia akan membolehkan usahawan baharu mengembangkan perusahaan atau perniagaan mereka.
Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga mementingkan pembangunan secara holistik dengan tidak hanya mementingkan pembangunan infrastruktur tetapi juga memberi perhatian kepada kebahagiaan rakyat dan pembangunan kemanusiaan.
Baca juga di sini & di sini
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment