Kisah blackout yang digembar-gemburkan oleh penyokong DAP
sebenarnya telah dirancang dengan baik oleh DAP.
Selain dari memulakan khabar angin di media social,
petugas-petugas DAP (polling agents) telah bersedia dengan lampu suluh di pusat
pengiraan undi.
Video parodi ini juga telah dimuatnaik ke YouTube pada hari
pembuangan undi.
Bagaimana mereka boleh menyiapkan video ini dan menerbitkannya di
YouTube dalam tempoh yang singkat?
Jika diambil kira perbezaan waktu pun, video ini dianggarkan
dimuatnaik sekitar jam 1:30 pagi 6 Mei, hanya beberapa jam selepas keputusan
rasmi diumumkan.
Video ini telah dirakam dan disunting secara profesional, bukannya
dirakam menggunakan telefon pintar.
Ini bermakna mereka telah pun menyiapkan video ini sebelum hari
mengundi lagi.
Baru beberapa hari, video ini telah ditonton lebih 500,000
pengguna YouTube.
Taktik cybertroopers DAP sangat licik di internet dan penipuan ini
harus didedahkan, satu persatu.
0 Komen