Maharaja Lawak: Anwar Samakan Diri Dengan Pejuang Demokrasi



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bangga menyamakan dirinya dengan pejuang demokrasi di negara-negara luar seperti Nelson Mandela, Mahatma Gandhi, Martin Luther King  dan Malcolm X.

Beliau menjangkakan dengan melabel diri sendiri sebagai "pejuang demokrasi" rakyat akan tertipu, dan bersimpati degannya seolah-olah beliau diibaratkan seperti tokoh-tokoh demokrasi sedemikian yang berjuang di negara masing-masing.

Hanya golongan tak terpelajar dan tertipu sahaja yang akan nampak persamaan antara Anwar dan tokoh-tokoh yang disebutkan itu. Sedangkan hakikatnya, tokoh-tokoh yang disebut dipenjarakan kerana memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia.

Anwar sebaliknya memperjuangkan hak dirinya untuk melakukan sesuka hati, bukannya perjuangan suci demokrasi, kerana Malaysia sejak sekian lama mengamalkan konsep demokrasi yang sebenar melalui sistem pilihan raya.

Berbeza dengan tokoh-tokoh tersebut, Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana RASUAH dan LIWAT, yang mana merupakan masalah moral dan akhlak, dan bukannya perjuangan menuntut demokrasi tulen.

Adakah perjuangan Anwar untuk LGBT dan Liberalisme boleh dianggap demokrasi? Anwar dan tokoh-tokoh besar itu umpama langit dengan bumi kerana beliau bukanlah ditindas, sebaliknya kerajaan hanya menjalankan tugas mengawal gejala LGBT daripada berleluasa.

Tindakan Anwar menyamakan dirinya seperti tokoh-tokoh ternama itu menunjukkan bahawa beliau seorang yang angkuh serta tidak tahu malu. Siapa yang mengiktiraf Anwar sebagai tokoh demokrasi?

Sebelum  ini, beliau talah menyamakan juga dirinya dengan pejuang demokrasi di Myamar Aung Sang Syu Kyi yang memperjuangkan demokrasi kerana berada di dalam kerajaan junta. Malaysia sebaliknya bukanlah negara di bawah pemerintahan tentera kerana kita mengamalkan sistem pilihan raya.

Hakikatnya terlalu jauh jika dibandingkan Anwar si peliwat dan biseksual jika hendak dibandingkan dengan tokoh-tokoh di atas. Perjuangan Anwar adalah demi kepentingan dan kepuasan diri yang mana bukanlah prinsip sebenar yang menyuburkan demokrasi.

Darjat Anwar sebagai pejuang jika hendak dibandingkan dengan mereka langsung tidak setaraf. Kesemua tokoh demokrasi itu memperjuangkan hak yang dinafikan oleh negara, sedangkan Anwar memfitnah negara tidak memberikan hak demokrasi kepadanya.

Sudahlah memfitnah, menuduh kerajaan dan memburuk-burukkan kerajaan di mata masyarkat antarabangsa, kemudian mengaku diri sendiri pejuang demokrasi. Anwar memang muka tak tahu malu.

Sedang kerajaan Barisan Nasional (BN) bertungkus lumus meningkatkan tahap ekonomi dan martabat rakyat, Anwar pula sibuk menjaja dan memburukkan kerajaan. Siapa yang lebih demokrasi sebenarnya?
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment