Merdeka Center Barua PR


Dalam usaha saat akhir PR untuk cuba mengubah persepsi ramai, mereka cuba memanipulasi data songsang dengan memperalatkan pusat kajian Merdeka Center untuk memperlihatkan PR kononnya sedang mendahului PRU-13.

PR tahu dalam keadaan mood semasa dan trend sokongan umum memihak kepada BN, tidak banyak yang mampu mereka lakukan untuk mengubah keadaan.

Untuk itu, mereka cuba mempropagandakan angka dan nombornya bagi menggambarkan wujudnya sokongan majoriti kepada PR, sedang hakikatnya ia sengaja di manipulasi untuk kepentingan PR semata-mata.

Sedari dulu lagi ramai sebenarnya tahu Merdeka Center serta rakan seangkatannya UMCEDEL hanyalah sebahagian alat propaganda PR yang sesekali memperlihatkan sikap neutral untuk menarik kepercayaan dan keyakinan umum.

Dalam keneutralan yang cuba diciptanya itu, diselitkan pula sedikit sebanyak andaian dan manipulasi angka untuk menonjolkan kehebatan PR yang dipotretkan dapat menandingi BN.

Namun bila tiba saat penting sebegini ia dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencipta persepsi positif kepada PR dengan harapan ia akan mempengaruhi pengundi untuk memilih pembangkang.

Sebagai barua kepada PR, Merdeka Center boleh dikatakan bijak susun atur langkahnya tapi adakah ia boleh mempengaruhi keadaan? Tentu saja tidak kerana suasana semasa langsung tidak sepadan dengan kajian yang dibentangkan.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment