Mereka Berebut Kerusi Empuk, PAS Ibarat `Melukut Di Tepi Gantang’ – SAM1M


Kegagalan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membentuk barisan Jawatankuasa EXCO Kerajaan Negeri sehingga ke hari ini walaupun pihak Pakatan selepas menang selesa pada PRU13 yang lalu disebabkan kerana jawatan `kerusi-kerusi empuk’ ini sudah pasti menjadi rebutan antara pemimpin ketiga-tiga parti dalam pakatan.

Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M), Arman Adha Hj. Abu Hanafiah berkata, perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan pakatan ini tidak sepakat selain wujud ‘tikam-belakang’ sesama sendiri dalam usaha untuk saling berebut kuasa menguasai sebuah negeri yang terkaya di Malaysia ini, namun akhirnya rakyat yang menjadi taruhan di atas sikap tamakkan kuasa pemimpin pakatan ini di Selangor.

“Terdahulu selepas menang selesa, jelas menunjukkan juga parti DAP ibarat tidak memberikan ruang sokongan kepada PAS dalam memegang jawatan Menteri Besar walaupun PAS menang lebih kerusi berbanding PKR dalam PRU yang lalu.

PAS ibarat melukut di tepi gantang dalam kerajaan Pakatan di Selangor. DAP nampaknya tidak mahu memberikan lebih kerusi EXCO kerjaan negeri pada PAS kerana tidak yakin dengan parti Islam tersebut,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara.

Tambahnya, dalam masa yang sama, tanpa disedari oleh PAS, sokongan ahli-ahli mereka sebenarnya menguatkan DAP di dalam kawasan Parlimen dan juga di kawasan DUN, jentera PAS dipergunakan sepenuhnya untuk pakatan memperolehi dan mengekalkan kuasa, sebaliknya PAS dinafikan hak untuk diberikan lebih kerusi EXCO kerajaan negeri sedangkan PAS layak kerana menang 15 kerusi DUN di Selangor berbanding DAP (15 kerusi) dan PKR (14 kerusi).

“Pakatan hanya berpakat dan bekerjasama untuk memperolehi dan memperkukuhkan kuasa, sebaliknya mereka tidak berpakat untuk mendahulukan rakyat sebagaimana yang menjadi keutamaan dalam gabungan Barisan Nasional, yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,” tambahnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Salam..

    Mohon dipautkan blog ini di blog tuan. Tq

    http://beliabangkit.blogspot.com/

Post a Comment