Nor Saidi Nanyan & Teori Mengurus Kejayaan BN Kedah .....


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuah, Nor Saidi Nanyan melihat kejayaan besar Barisan Nasional Kedah dalam PRU13 yang lalu merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh setiap kepimpinan UMNO dan BN di peringkat Parlimen untuk sama-sama membantu Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir untuk mengurus kemenangan BN di negeri Kedah.

Teori mengurus kemenangan ini ialah tindakan segera pihak kerajaan BN negeri mendapatkan input daripada rakyat bagi mengetahui hasrat dan harapan mereka terhadap kerajaan berhubung usaha membangunkan negeri ini untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Inilah cabaran yang sebenar, bagaimana untuk memenuhi segala harapan dan impian rakyat negeri Kedah, meletakkan kepentingan rakyat melebihi dari kepentingan peribadi, jika dulu kita hanya meletakkan slogan ‘Rakyat Didahulukan,’ tetapi hari ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakan segala aku janji kita pada PRU13 yang lalu.

Kita perlu melihat sedikit pengalaman kita yang lepas, 5 tahun negeri Kedah di bawah pemerintahan Pas, bagaimana kita merencana dan bergerak untuk merampas kembali negeri Kedah, kita `menyusur akar’ berjumpa rakyat untuk mendapatkan semula keyakinan dan sokongan mereka dan terbukti kita berjaya.

Kita kena juga melihat sejarah politik di Terengganu, bagaimana BN kalah pada PRU10 (1999) namun berjaya merampas semula dengan cemerlang pada PRU11 (2004) tetapi pada PRU13, BN hampir kalah di negeri Terengganu. Jadi inilah cabaran yang sebenar, bukan sahaja memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada sejak Pas memerintah Kedah tapi bagaimana harapan besar rakyat Kedah kepada BN untuk memperbaiki kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Langkawi.

Tambahnya, walaupun PRU13 dah berakhir dan Kedah kembali bersama BN, namun jentera BN khususnya UMNO harus cepat kembali turun ke akar umbi untuk mendalami dan memahami masalah  rakyat, selain berusaha menyelesaikan masalah-masalah mereka.

“Bila bercakap perihal kemenangan, kita tidak boleh menolak faktor dukungan penyokong sebagai ramuan penting kejayaan sesebuah parti politik. Oleh itu amat penting untuk mengekalkan kemenangan maka khidmat bakti perlu diutamakan dahulu kepada penyokong sendiri.

Lantaran itu, BN selaku pemenang PRU-13 yang diamanahkan untuk kembali menerajui Kerajaan negeri, kita perlu untuk berusaha sedaya mungkin memenuhi pengharapan para penyokongnya sepanjang lima tahun mendatang ini.


Saya berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dapat memberikan sedikit perhatian untuk negeri Kedah sebagai penghargaan kepada rakyat yang jelas menyokong penuh dan memberikan kemenangan besar kepimpinan BN di negeri Kedah ,” tambahnyayang turut menyarankan pihak kepimpinan UMNO di akar umbi khususnya Pergerakan Pemuda untuk memberikan tumpuan kepada pengundi-pengundi muda khususnya mendaftarkan anak-anak muda yang memasuki umur 21 tahun.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment