Ketika semua parti-parti politik membuat pecutan terakhir menuju pilihanraya, Nurul Izzah pula membuat pecutan terakhir untuk menyelamatkan dirinya dari ditendang oleh Azmin Ali. Menurut sumber, malam semalam, Nurul Izzah telah menghantar sekurang-kurangnya 20 orang untuk ‘berkempen’ agar tidak memberi undi kepada Azmin di DUN Bukit Antarabangsa. Arahannya berbunyi lebih kurang seperti berikut, biar Azmin menang di Parlimen Gombak tak apa, tetapi jangan dimenangkan di DUN.
Telah menjadi pengetahuan umum bahawa sakit hati Nurul Izzah
kepada Azmin dan keluarga kerana melukakan hati ibunya sudah tidak dapat
dibendung lagi. Ibunya sendiri, Wan
Azizah langsung tidak mampu bertentang mata dengan Azmin kerana terlalu sedih
mengenangkan Anwar lebih sayangkan lelaki itu suami isteri, berbanding
isterinya yang sah. Sebelum ini, Anwar
lebih awal mengumumkan Wan Azizah tidak bertanding, tetapi kemudiannya, Nurul
Izzah telah bertindak menafikannya.
Ketiadaan Wan Azizah beberapa lama sehingga ramai tertanya-tanya
ke manakah sang Presiden walaupun kempen telah bermula, membuktikan bahawa
Anwar benar-benar lebih menyayangi Azmin dari Azizah.
Justeru, sebagai seorang anak ‘solehah’, Nurul Izzah mengatur
langkah sendiri untuk menjatuhkan kekasih bapanya itu. Beliau tidak sanggup melihat Azmin menjadi
Menteri Besar dan seterusnya ‘membunuh’ semua orang dari kem ibunya. Nurul Izzah perlu menyekat kemaraan Azmin
yang nampaknya sudah begitu melampau akibat terlalu dimanjakan oleh Anwar.
Pada pilihan raya umum 2008, Azmin berjaya memenangi kerusi
Parlimen Gombak menewaskan saingan calon dari BN, Said Anuar Said Ahmad. Beliau
mendapat undian sebanyak 40,334 undi dengan majoriti undi adalah sebanyak
6,867. Manakala, bagi kerusi Dun Bukit
Antarabangsa, Azmin menerima undian sebanyak 11,731 undi menewaskan calon BN,
Haslina Mohd Zerain dengan majoriti 1,381 undi.
Kali ini, Azmin akan berhadapan dengan Mohamad Nadzim Bin Ibrahim
dari BN iaitu seorang peguam dan juga setiausaha syarikat. Dan nampaknya sebelum berhadapan dengan Mohd
Nadzim, Azmin perlu terlebih dahulu berhadapan dengan Nurul Izzah.
Kita pasti, jika Anwar mendapat tahu berita ini, tentu beliau
bertambah pening dengan anak perempuannya ini.
Mana tidaknya, sudahlah kerusi sendiri hampir pasti akan terlepas,
bukannya Izzah hendak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan kerusinya, tetapi
hendak dipastikan pula agar kerusi orang lain turut terlepas sama. Bagaimanapun, kita faham bahawa Anwar tidak
boleh marah kerana beliaulah yang membentuk kedua-duanya iaitu Izzah dan juga
Azmin.
Kedua-dua personaliti ini menjadi begitu rakus kerana berpegang
teguh kepada kepimpinan melalui tauladan.
Kerakusan telah menyebabkan Nurul Izzah sering bertindak
sembrono. Beliau sebelum ini turut cuba
memerangkap kerajaan agar mendedahkan maklumat pertahanan kepada dunia. Malah, kerana tidak berfikir sebelum
bercakap, beliau juga telah mentafsir ayat mengenai kebebasan beragama sebagai
bermaksud Umat Islam juga berhak menukar agama.
Tindakan ini ternyata memakan dirinya dan juga parti.
Nurul Izzah juga turut mendedahkan kebodohannya apabila cuba
mengulas dan menyerang kerajaan dalam isu Lahad Datu. Dari rakaman youtube ceramahnya, kita
mendapat tahu bahawa Nurul Izzah yang bercita-cita tinggi untuk menjadi
pemimpin negara ini sebenarnya langsung tidak tahu mengenai sejarah pasukan
keselamatan mahupun tugas-tugas mereka sekarang. Rupa-rupanya selama ini Nurul Izzah
menyangkakan yang kerja pasukan Cawangan Khas adalah untuk mencari orang
hilang!?
Dan dalam tempoh berkempen ini, Nurul Izzah buat kerja bodoh lagi
apabila cuba mempertikai dakwat kekal yang diperjuangkan partinya. Susah payah beliau merakam orang mencuci jari
setelah mengundi tetapi akhirnya, orang itu sendiri mendedahkan bahawa Nurul
Izzah telah memerangkapnya. Kita faham
bahawa penyokong-penyokong PKR akan mempercayai apa saja, tetapi tidakkah Nurul
Izzah sendiri merasa malu dengan taktik bodoh ini?
Telah kita beritahu dahulu bahawa dakwat kekal hanya digunakan di
negara-negara dunia ketiga dan Malaysia tidak perlu berbalik ke belakang kerana
kita punya cara yang lebih canggih dari itu.
Namun, PR sanggup berdemonstrasi memperjudikan nasib dan nyawa
penyokongnya demi dakwat kekal. Maka,
bagi mendiamkan Nurul Izzah dan Ambiga, SPR pun bersetuju untuk menggunakan
sistem itu disamping sistem sedia ada.
Tetapi, kini Nurul Izzah dan juga Ambiga ingin menentang dakwat
kekal pula. Benarlah kata orang, apabila
slogannya ialah ‘lawan tetap lawan’, maka tentulah mereka akan terus melawan
walaupun tiada apa yang perlu di lawan.
Sebelum terus berlawan, mungkin Nurul Izzah perlu melihat dulu apa
yang bakal dilawannya. Beliau kini
berhadapan dengan Datuk Raja Nong Chik yang cukup dekat dengan rakyat. Pada tahun 2008, Izzah mengatasi Shahriazt
sebanyak 2,895 undi daripada 56,650 pengundi.
Kali ini, jumlah pengundi Lembah Pantai adalah 72,533 yang mana
sebahagiannya disangkakan Izzah sebagai ‘pengundi hantu’. Bagaimanapun, Izzah tidak lagi memainkan isu
ini setelah pengundi tersebut sendiri tampil memberitahu Izzah bahawa mereka
adalah ‘manusia dan bukan hantu’.
Mungkin Izzah telah menyedari bahawa beliau tidak akan mampu
melawan Raja Nong Chik, maka kerana itulah beliau pun menghalakan senjata ke
arah Azmin Ali semata-mata untuk
menepati slogan ‘lawan tetap lawan’.
Apapun, kita doakan semoga pengundi Lembah Pantai dan juga
pengundi Bukit Antarabangsa bijak membuat pilihan.
0 Komen