Pentadbiran "People Oriented"- Dalam Bawa Misi Kedah Maju Selaras Wawasan 2020


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bahagian Jerlun berharap agar pentadbiran kerajaan negeri yang baru perlu bersifat "people oriented", di mana rakyat perlu diberi ruang secara terus untuk berjumpa dengan pemimpin sama ada di peringkat Adun, Ahli Parlimen, Exco dan Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah mereka.

Yang Di Pertuanya, Aswat Abu Bakar berkara, pemimpin BN di semua peringkat perlu ditekankan dengan amalan yang telus dan bersih. Pemimpin BN bukan saja perlu bersih malahan perlu dilihat bersih.

“Perpaduan dikalangan ahli dan penyokong parti perlu sentiasa diberi keutamaan. Ahli dan penyokong perlu mampu untuk menarik lebih sokongan kepada BN sebagai persediaan bagi menghadapi PRU 14.

Usaha gigih perlu dilaksanakan bagi menarik kembali pelabur-pelabur masuk ke negeri Kedah setelah jumlah mereka berkurangan dibawah pentadbiran kerajaan yang lalu. Semua pihak perlu bekerja keras dalam melaksanakan misi penting ini.

Menyediakan pemimpin-pemimpin pelapis yang mempunyai kreadibiliti dan dinamik untuk memastikan BN akan terus relevan kepada rakyat negeri Kedah khususnya kepada generasi muda,” ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerlun.

Tambahnya, pemimpin-pemimpin diperingkat negeri perlu bergerak sederap dalam melaksanakan apa jua dasar yang bakal diputuskan oleh Kerajaan Negeri yang baru. Sokongan dan dokongan secara bulat perlu diberikan kepada YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir sebagai ketua dalam pasukan baru pentadbiran negeri Kedah.

Dasar-dasar baru yang bakal digubal perlu realistik dan kompetatif bagi memastikan negeri Kedah tidak terlalu jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri yang lain disamping ianya perlulah "appealing" kepada generasi muda.

“Dasar-dasar baru juga perlu fokus kepada perkara-perkara tertentu supaya tidak berlaku sebarang pembaziran sumber dalam perlaksanaan dasar-dasar tersebut.

Menganjurkan siri perbicangan secara terus dengan pelbagai lapisan rakyat bagi mendengar dan menyelami pandangan dan idea-idea baru secara terus daripada mereka,” tambahnya lagi.


Sehubungan dengan itu, Transformasi sikap segenap lapisan rakyat negeri Kedah perlu dilaksanakan sebagai persiapan kepada negeri Kedah untuk bersedia menjadi negeri maju selaras dengan Wawasan 2020 negara.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Pentadbiran Mukhriz harus cermat dan bijak. Apa yang baik sepatutnya diperkasakan dan yang kurang diperkemaskan.
    Bukan meroboh apa wewenangnya seperti ingin menual KUIN atau menutup atau merinciuk-rincik menjadi kepingan untuk dijual.
    Jika Kerajaan negeri tidak ada wang seharusnya Kerajaan Persekutuan membantu KUIN atas dasar memperkasakan ilmu. Kalau sekolah Cina sekalipun ditolong dengan jutaan ringgit mengapa KUIN ingin dijual?
    Ini bukan cara yang bijak membuat keputusan.

Post a Comment