Peringatan Sultan Johor Yang Harus Dipandang Serius


Sultan Johor tidak mahu ada lagi pihak yang terus menyebar fitnah dan hasutan berbau politik untuk menimbulkan kebencian antara rakyat dan menggugat perpaduan serta keamanan negara.

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah waktu berkempen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) telahpun tamat dan sekarang ini adalah masa untuk bekerja.

 “Saya tidak mahu mendengar ada pihak yang terus menyebar fitnah dan hasutan berbau politik untuk menimbulkan kebencian antara rakyat dan menggugat perpaduan dan keamanan negara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Permas, Datuk Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini Selasa.

Baca seterusnya di sini
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment