Polis Segamat telah diarah untuk menghentikan
piket yang dianjurkan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) semalam
kerana didapati berbau politik.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu
Bakar yang mengeluarkan arahan itu berkata jika dibenarkan piket itu berterusan,
dikhuatiri ia boleh mencetus kekecohan yang boleh menggugat keselamatan dan
keamanan di daerah tersebut.
"Mereka telah memberi notis kepada kita
untuk mengadakan piket tetapi mereka bukan mengadakan piket sebaliknya kempen
politik," katanya sambil menambah keadaan itu telah menimbulkan suasana
tegang di Segamat sekarang.
Baca seterusnya di Johor-Daily
0 Komen