Melihat dari perkembangan semasa dalam kempen pilihanraya ini,
kita semakin yakin bahawa huru-hara yang dijangka sudah hampir pasti akan
berlaku selepas PRU-13. Justeru,
difahamkan di beberapa tempat, penyokong-penyokong BN telah pun mengadakan
solat hajat memohon perlindungan Allah SWT dari segala bencana.
Sungguh ironi sekali kerana di masa yang sama, pihak PR pula
didoakan oleh pihak gereja Jerusalem di Israel.
Pembangkang memulakan langkah pertama untuk mencetuskan dengan
menimbulkan provokasi dengan mengumpan pihak Barisan Nasional bertindak
balas. Antara langkah yang diambil
ialah:
· 26 April – Seroang
kanak-kanak 11 tahun cedera dibelasah pembangkang kerana mengaku menyokong BN
di Felda Teloi Timur, Baling.
· 28 April – Sofian
Abidin dipukul pembangkang kerana memakai baju T berlogo BN dekat pekan Tanjung
Dawai.
· Pada 2 Mei - C.
Padiapan, 50, bertugas mengawal khemah BN di Taman Halia, Lunas cedera parah
dipuluk penyokong pembangkang.
· 2 Mei – Seorang
ahli bomba sukarela di Taman Merak Jaya, Seberang Perai Tengah bakal hilang
penglihatan mata kiri akibat dibelasah pembangkang.
· Selain belasah,
pembangkang juga menggunakan bom petrol
untuk membakar Bilik Gerakan di Nibong Tebal dan juga Jelapang Perak.
· Mereka juga
bertindak membakar khemah-khemah BN di Bakar Bata Kedah dan juga Batu.
Walaupun mereka tidak jemu-jemu mencabar, Alhamdulillah, pihak BN
tidak termakan umpan tersebut. Malah, BN
terus berkempen dengan cara biasa iaitu mewar-warkan janji yang pasti ditepati
di samping mengingatkan rakyat akan siapakah pembangkang yang sebenarnya.
Memandangkan mereka masih belum berjaya membuat BN bertindak
balas, maka mereka meneruskan ke langkah seterusnya iaitu mereka-reka isu bagi
mempersoalkan kredibiliti SPR.
Antaranya:
· menuduh warga
asing yang sedang beratur di lapangan terbang sebagai ‘pengundi hantu’ yang
dibawa oleh BN.
· mempersoal
kredibiliti dakwat kekal yang sebelum ini diperjuangkan mereka.
· menyebar berita
palsu dengan menuduh kerajaan akan menghalang mereka mengundi terutama kaum
Cina dan menyuruh mereka mencetak semakan pemilih untuk disimpan sebagai
bukti.
· mewar-warkan
kepada pemberita dan kerajaan asing konon pilihanraya Malaysia tidak bersih dan
merayu mereka menjadi pemerhati.
Kesemua ini adalah bukti kukuh bahawa pembangkang yakin yang
mereka akan kalah. Sehubungan dengan
itu, mereka giat merancang huru-hara bagi menolak keputusan pilihanraya.
Apa yang dijangka ialah mereka akan menggunakan cetakan semakan
daftar pemilih yang telah dipalsukan untuk menuduh SPR tidak telus dan
seterusnya mencetuskan kekecohan.
Kekecohan ini akan berlaku di beberapa tempat sehingga bertukar menjadi
pergaduhan dan seterusnya kecederaan.
Ini penting bagi memberi ‘impak’ kepada bantahan mereka.
Dijangka juga akan berlaku satu kejutan yang melibatkan serangan
ke atas individu yang berpengaruh di dalam pembangkang bagi meraih simpati dan
bagi mengesahkan kononnya BN bermain kotor.
Kemudiannya, Ambiga dan SUARAM akan muncul kembali membawa isu
BERSIH dan Keadilan. Pada ketika ini
juga pembangkang akan meminta bantuan asing secara besar-besaran bagi memberi
tekanan kepada kerajaan.
Akhir sekali mereka akan mengumpulkan seramai mungkin penyokong
mereka untuk membuat huru-hara menolak keputusan pilihanraya. Ia akan dilakukan secara berterusan sehingga
Bangsa-bangsa Bersatu memberi amaran kepada kerajaan.
Sekiranya ia masih gagal menjatuhkan kerajaan, maka suntikan
semangat baru akan diberi untuk terus menyemarakkan kemarahan penyokong mereka.
Untuk itu, tidak mustahil mereka akan mengarahkan penyokong mereka berbuat
sesuatu yang memaksa pihak berkuasa bertindak keras. Tindakan keras pihak berkuasa akan
diwar-warkan sebagai bukti kekejaman sehingga penyokong yang lain menjadi
hilang kawalan akibat kemarahan yang meluap-luap.
Kebencian dan perkauman akan terus disebar pada waktu ini sehingga
negara lumpuh dan kerajaan menjadi lemah.
Sebenarnya, langkah kejatuhan kerajaan dalam cara yang sama telah
berkali-kali kita saksikan melalui ‘Arab Spring’. Apa yang terjadi seterusnya adalah ‘klasik’
iaitu anak kehilangan bapa, bapa kehilangan keluarga, orang ramai kehilangan
pekerjaan, hilang tempat tinggal, barangan asas sukar didapati, bank-bank
ditutup, kedai-kedai diceroboh, kecurian berleluasa dan seterusnya.
Jika selama ini kita hanya menontonnya di televisyen dan
membacanya di akhbar dan internet, tetapi hari ini, senario ini sudah hampir
pasti melanda kita. Untuk itu,
penyokong-penyokong pembangkang perlu bertanggungjawab kerana enggan mendengar
nasihat kita agar tidak mempercayai pemimpin mereka. Apapun, yang penting kita telah mencuba
sedaya upaya untuk menyedarkan mereka.
Maka apa yang dapat kita lakukan di saat-saat akhir ini hanyalah
berdoa agar dijauhkan dari mala petaka angkara saudara-saudara kita di dalam
pembangkang.
0 Komen