Pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim masih belum berpuas hati untuk
memberontak terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 lalu yang memihak kepada
Barisan Nasional dengan mengadakan rapat umum di Pulau Pinang pula.
Bezanya jika di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei lalu menarik
kehadiran kira-kira 40,000 orang namun di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang yang
datang untuk mendengar celoteh tidak sampai 20,000.
Ini merupakan satu jumlah yang agak kecil jika dibandingkan
kapasiti stadiumn tersebut boleh menampung lebih 60,000 orang.
Rata-rata yang datang untuk berhimpun sambil meneruskan kemarahan
mereka terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan BN pimpinan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah golongan muda di antara 21 hingga 40
tahun.
Satu perkara yang ketara boleh dikatakan lebih 90 peratus daripada
mereka yang mengambil bahagian dalam kedua-dua perhimpunan tersebut terdiri
daripada penyokong-penyokong berbangsa Cina.
Kesimpulannya pengundi Melayu yang menyokong pembangkang nampaknya
lebih rasional dan berfikiran terbuka dengan menerima kemenangan pada PRU13
pada 6 Mei lalu.
Bagaimanapun pengundi Cina yang dibakar semangat mereka oleh Anwar
terutamanya terus yakin di benak hati mereka bahawa kemenangan sepatutnya di
miliki pakatan pembangkang tempoh hari.
Mereka sebenarnya mempunyai fantasi yang tidak berpijak dibumi
nyata tetapi memilih untuk mempercayai Anwar yang terus membohongi bahawa
kemenangan mereka telah dinafikan oleh SPR.
Namun apabila Anwar didesak untuk membuktikan bagaimana SPR
kononnya telah menerbangkan lebih 40,000 pengundi asing dari Bangladesh yang
mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), beliau sehingga kini
membisu seribu bahasa.
Begitu juga dengan dakwaan pembangkang mengenai dakwat kekal yang
kononnya tidak kekal.
Namun penggunaan dakwat kekal adalah antara lapan tuntutan Bersih
yang telah dipersetujui oleh SPR tetapi apabila dilaksanakan pembangkang pula
mempertikaikannya.
Begitu juga dengan senarai daftar pemilih yang terus dipertikai
oleh pembangkang sehingga ke tempoh berkempen walhal SPR telah memberi semua
pihak secukup masa untuk meneliti satu persatu nama di dalam daftar jika mereka
kehendaki.
Untuk mengguatkan dakwaan bahawa SPR menipu semasa proses
pengiraan undi, pembangkang mencipta cerita bahawa TNB pula bersekongkol untuk
menyebabkan 'blackout' atau putus bekalan elektrik di beberapa tempat mengundi.
Kejadian ini dakwa mereka menyebabkan pembangkang kalah di
beberapa tempat tetapi dakwaan ini telah disangkal oleh salah seorang calon Dap
yang bertanding di Ketari, Pahang bahawa tidak pernah berlaku insiden tersebut
sebagaimana yang canangkan di dalam laman-laman sosial media secara meluas.
Pembangkang memikirkan bahawa dengan melontar sebanyak fitnah dan
pembohongan terhadap SPR, pilihan raya semula akan diadakan atau
setidak-tidaknya rakyat akan bangun menentang kerajaan.
Untuk menunjukkan apa yang dilakukan oleh Anwar dan Lim Kit Siang
adalah wayang politik semata-mata ialah betapa segeranya pembangkang di Pulau
Pinang dan Kelantan menubuhkan kerajaan sehari selepas kemenangan mereka dengan
upacara mengangkat sumpah ketua menteri dan menteri besar.
Perdana Menteri mempersoalkan mengapa pembangkang hanya
mengiktiraf keputusan di peringkat negeri yang memenangkan mereka dan menolak
keputusan di peringkat pusat di mana
mereka kalah walhal pada kedua-dua peringkat sistem yang sama digunakan
secara terus menerus oleh SPR sejak PRU yang pertama pada tahun 1959.
Ini adalah satu sikap hipokrasi paling besar yang ditunjukkan oleh
pembangkang kerana mereka dahulunya mendakwa rakyat adalah penentu sebenar
kepada keputusan dalam PRU13.
Namun apabila impian mereka untuk ke Putrajaya gagal, individum
pertama yang meraung kerana kecewa tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.
Anwar tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat yang kononnya
bulat menyokong pembangkang pada PRU13 tidak membeli kelentong beliau dan
akhirnya memberi mandat kepada BN.
Anwar tidak dapat menerima dalam sanubarinnya bahawa menang kalah
dalam sesuatu pertandingan adalah lumrah apatah lagi dalam pertandingan memilih
sebuah kerajaan.
Rakyat memilih BN kerana selama lebih 50 tahun mentadbir Malaysia
sejak merdeka, BN telah membuktikan bahawa ia mampu bukan sahaja membawa
kemajuan dan kemakmuran kepada negara malah berjaya mewujudkan kerjasama
politik yang menghasilkan kestabilan, keharmonian serta semangat muhibbah
antara semua kaum.
Inilah yang menjadi pembangkang terutamanya Anwar dan Kit Siang
yang tidak dapat menerima kejayaan yang dilakukan oleh BN selama ini.
Pembangkang cuba meniru model BN dengan menjadikan slogan seperti
'Ketuanan Rakyat' dan sebagainya tetapi ia hanya sekadar retotik kosong yang
tidak ada apa-apa nilai dan makna.
Seperti mana yang dilihat daripadam keputusan PRU13 yang
memperlihatkan 'swing' atau sokongan besar pengundi Cina terhadap pembangkang,
isu rasisme atau perkauman masih membelit pemikiran penyokong-penyokong mereka.
Pembangkang tetap tidak dapat mengikis sifat perkauman yang tebal
di kalangan pemimpin-pemimpin mereka dan justeru mereka menggunakan kelebihan
itu untuk meraih undi.
Sifat perkauman inilah yang akhirnya mengguburkan impian Anwar
untuk menjadi Perdana Menteri bersama-sama pembohongannya yang dijaja sekian
lama.
2:39 AM
orang-orang cina dappigs dah tak boleh sabar nak kan pemerintahan cina di Malaysia...orang-orang melayu bersyukur yang Negara telah selamat dari jatuh ke tangan pemerintahan cina.
7:21 AM
anwar pencetus huru hara sejak muda. dah diberi peluang jadi PM meliwat pula. kini anwar adalah sampah umno yg tak layak jadi PM sebab rendah moral
1:19 PM
Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk
Contohnya, yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Pemuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.
Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……
Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat
Sekian, Terima kasih