Kebelakangan ini kerap pula para pemimpin PAS tampil membuat
kenyataan di media massa menegaskan parti itu tidak menyokong sebarang bentuk
bantahan jalanan serta turut menafikan penglibatan atau kaitan langsung dengan
dengan penganjuran Himpunan 505.
Nama lain bagi himpunan itu ialah Suara Rakyat 505 atau pun
popular juga dengan panggilan Black 505, dikelolakan oleh geng Asal Bukan UMNO
(ABU) yang mana ketuanya ialah Badrul Hisham Shaharin dan Haris Ibrahim yang
cukup rapat dengan PKR.
Tujuan penganjuran kononnya untuk membantah penipuan yang
dikatakan berlaku semasa PRU-13 tempohari walau hakikatnya motif utama ialah
untuk meniru demonstrasi jalanan ala Arab Spring sekali gus bermaksud untuk
menggulingkan Kerajaan melalui kaedah jalanan.
Namun bila mana satu demi satu pemimpin PAS yang serba prihatin
ini mengkritik penganjuran bantahan yang dijadualkan berlangsung hujung minggu
nanti, ia membayangkan seolah-olah andainya bantahan jalanan itu tetap juga
berlangsung maka ia sama sekali tidak melibatkan PAS.
Mereka bertegas betapa pentingnya keamanan dipertahankan dan amat
perlunya bantahan sebegitu ditolak kerana dibimbangi sukar dikawal dan menjadi
bibit-bibit awal kepada keganasan serta kekerasan.
Seimbas lalu dengan kenyataan demi kenyataan pemimpin PAS itu
makanya tiada seorang pun ahli PAS mahu pun penyokongnya yang akan hadir di
demonstrasi yang dianjurkan oleh NGO yang rapat dengan rakan sepakatan PAS
dalam PR.
Itu juga bermakna tiada seorang pun pasukan 'pengakap' dari Unit
Amal PAS yang akan tampil mengetuai bantahan itu sambil menjaga keselamatan
peserta.
Mungkin perubahan sikap PAS ini demi menjaga nama baik parti
setelah dalam beberapa siri bantahan terdahulu yang dianjurkan oleh NGO Bersih,
ternampak sangat penglibatan dalam demonstrasi ganas sebelumnya.
Tapi betulkah PAS sudah berubah dan menolak bantahan Black 505
serta langsung tidak akan menyertai demonstrasi itu?
Dengar boleh, percaya jangan. Dalam bab bermain sandiwara manis
dalam media tapi belakang lain cerita sudah lama jadi asam garam PAS. Ini semua
politik untuk jaga imej tapi bila tiba hari berlangsungnya bantahan jalanan,
ahli dan penyokong PAS yang paling ke depan.
Tengok sajalah semasa demonstrasi ganas Bersih 2.0 dan 3.0 dulu,
awal-awal cerita hampir kesemua pemimpin PAS menolak keganasan, tapi waktu
berdemontrasi sebahagian pesertanya adalah ahli dan penyokong PAS.
Keadaan sama pasti berulang sebab PAS dan sandiwara jarang sangat
berpisah. Wayang penolakan yang dilagukan oleh pemimpin-pemimpin PAS tika ini
sekadar untuk mengalih pandangan semata-mata.
Jika bukan demikian seeloknya PAS membuat satu ketetapan rasmi
yang jelas samada melalui Presiden atau Mursyidul Amnya bahawa PAS memang tidak
akan terlibat dalam bantahan jalan Black 505 ini dan menyeru ahli serta
penyokongnya untuk menghindarinya.
10:00 PM
Betul ...
PAS ni dengar boleh, percaya jangan