Sedang gerombolan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk
memperkatakan konon wujudnya rakyat Bangladesh yang diimport sebagai pengundi
hantu, diam tak diam ramai rakyat negara ini turut tertanya-tanya perihal
kemungkinan kewujudan pengundi hantu dari negara China.
Asas persoalan ini cukup mudah kerana ramai pengundi keturunan
Cina yang keluar awal pagi di pusat-pusat pengundian pada PRU-13 baru-baru ini
bukan sahaja tak dikenali penduduk tempatan malah kebanyakannya bila disoal
selidik agal bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu.
Malah ada banyak kes menunjukkan ramai yang langsung tak boleh
bertutur Bahasa Kebangsaan, seolah-olah satu frasa kata pun tak ada dalam
kepala mereka. Bukankah senario ini cukup pelik bagi rakyat Malaysia?
Biasanya jarang benar rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang
tidak fasih bertutur Bahasa Kebangsaan meskipun ada antaranya sejak kecil
belajar di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, namun masing-masing tetap boleh
berbicara dalam Bahasa Melayu walaupun ada yang tidak begitu fasih.
Keadaan ini menimbulkan syak wasangka berkemungkinan ada diantara
pengundi keturunan Cina ini bukannya rakyat Malaysia sebaliknya di datangkan
khas dari negara China seterusnya memperolehi kad pengenalan negara ini secara
sindiket atau pemalsuan, kemudian didaftarkan pula sebagai pengundi.
Dua tahun lalu pihak Imigresen pernah mengumumkan terdapat lebih
90,000 warganegara China yang sudah tamat tempoh visa pelawatnya masih tinggal
di negara ini termasuklah sebahagian besarnya berkecimpung dalam industri
pelacuran, rumah urut, spa dan lain-lain aktiviti haram.
Tak mustahil angka itu jauh lebih besar dan ada kemungkinannya ada
antara mereka yang terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan dan menjadi
pengundi. Jika perkara ini benar-benar wujud, maka ia merupakan satu ana,man
kepada keseloamatan negara.
Mana mungkin masa depan negara ini dibiarkan bebas ditentukan oleh
warganegara asing. Justeru itu, pihak JPN dan SPR perlu mengambil inisiatif
untuk menyiasat lebih lanjut perkara ini untuk membongkar kebenaran supaya
tiada lagi yang tertanya-tanya.
7:22 PM
Memang menghairankan juga terdapat ramai pengundi cina d tempat saya mengundi tempoh hari. Dulu x pun ramai begini.....ramai juga penghuni di sini tertanya tanya dari mana mereka datang....??