Tahniah MB Johor Yang Baru ....



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-15 dalam satu upacara yang diadakan di Bukit Timbalan dekat sini pada Selasa.

Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi, menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan Menteri Besar Johor selama 18 tahun.

Majlis angkat sumpah diadakan dihadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sembilan termasuk Setiausaha Penganjur MCA kebangsaan dan ADUN Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong, turut mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri pada upacara berkenaan.

Sebelum ini, MCA telah menyatakan mereka tidaka akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan kerana parti itu mencatatkan pencapaian kurang memberangsangkan pada hari pengundian 5 Mei berbanding pilihan raya umum 2008 

Barisan Exco Johor 2013 Bersama Tuanku Sultan Johor

Barisan EXCO Johor, sila rujuk di sini.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment