Guna Kuasa Pengguna Kekang Kenaikan Harga Barang – Hasan Malek


Pengguna perlu menggunakan hak mereka untuk membantu kerajaan mengekang tindakan pemborong dan peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati, kata Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

Beliau berkata tindakan itu perlu dilakukan terutama dalam membantu mengawal harga barang bukan kawalan.

“Di samping tindakan penguatkuasaan oleh kementerian, langkah itu dilihat lebih berkesan kerana jika tiada pembeli maka peniaga yang menaikkan harga akan mengalami kerugian,” katanya. 

Hasan berkata demikian ketika mengulas rungutan pengguna berhubung tindakan pemborong menaikkan harga barang pada musim cuti sekolah.

Beliau berkata pengguna perlu tahu kuasa mereka serta tidak terlalu bergantung kepada kerajaan bagi menyelesaikan isu kepenggunaan, sekali gus dapat mewujudkan kerjasama pengguna dan kerajaan.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna kementerian mengambil sikap lepas tangan jika pemborong dan peniaga didapati sengaja menaikkan harga sesuka hati dan melampau.


“Kita boleh ambil tindakan di bawah Akta Anti Percatutan 2010, tetapi kalau boleh, kita tidak mahu berbuat demikian kerana mahu mewujudkan situasi menang-menang,” katanya.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Anonymous
    10:15 AM

    Kuasa di tangan pembeli....

    Ada yang sanggup bayar untuk semangkuk Mee Kari/Mee Soup yang berharga RM 12.00 di kedai kopitiam....berbanding RM 3.50 di Pasar Malam/warung....

    Adakah mereka membayar untuk...
    Rupa / Rasa / Status/

  2. Anonymous
    11:53 AM

    kalau dah melampau sangat apa yang nak dituynngu tunggu.gunkan lah akta yang ada.barulh dinamakan penguat kuasaan.bukannya asyik nak bagi muka jer.

  3. kalau gst pulak camane? asal beli barang kena tax. adakah satu keperluan rakyat bawahan membayar gst supaya cukai korporat dikurangkan? idea maha cerdik siapakah ini? oooo...inilah rupa sebenar "rakyat didahulukan"....kot

Post a Comment