Hadirnya Saifuddin Sekadar Untuk Pantau Gerak-Geri Khalid Ibrahim

Apakah perancangan kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim melantik Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar?

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam mempersoal tindakan tersebut, adakah ianya sekadar perlantikan politik yang semata-mata mahu menyelamatkan ‘masa depan politik’ Saifuddin lebih-lebih lagi selepas kalah di Parlimen Kulim Bandar Baharu pada PRU13 yang lalu ataupun mahu memantau setiap gerak geri Khalid.

 “Saya yakin tindakan ini kerana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali tidak yakin Khalid mampu menjaga kepentingan mereka. Namun mereka terpaksa akur dengan kehendak DAP yang mahukan Khalid sebagai Menteri Besar supaya mereka boleh memperkudakan Khalid demi kepentingan DAP.

Jadi mereka (Anwar Ibrahim dan Azmin Ali) meletakkan Saifuddin sebagai alat untuk memantau gerakan dan kerja-kerja Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Perkara ini jelas mengambarkan kemelut perpecahan dalam PKR semakin merebak dan berada di tahap yang paling kritikal,” ujarnya lagi.

Menurut Lokman, perkara ini bukan kali pertama malah pernah terjadi di Kedah apabila pimpinan Pusat Pas mewujudkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau pentadbiran Ustaz Azizan semasa beliau menjadi Menteri Besar Kedah.

“Apa yang rakyat Selangor perlu nilai kini ialah, adakah perlantikan Saifuddin yang akan digaji menggunakan duit rakyat ini untuk kepentingan rakyat atau untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PKR yang bertelagah sesame sendiri?

Sekiranya PKR Pusat yakin dengan kepimpinan Khalid, maka tidak perlulah ditubuhkan jawatan Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar yang disandang oleh Setiausaha Agong parti itu sendiri. Kenapa baru sekarang nak wujudkan jawatan Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar, kenapa tidak ditubuhkan sebaik sahaja pakatan menang dalam PRU 2008 dahulu?


Kehadiran Saifuddin ini ini pastinya akan memberikan cabaran lebih besar kepada pentadbiran Khalid. Ini kerana segala gerak-geri dan perjalanan pemerintahan Khalid dan Kerajaan Selangor dipantau sepenuhnya oleh Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar,” ujar beliau.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

4 Komen

  1. Anonymous
    10:09 PM

    Ni satu lagi punya komen..buat apa letak saifuddin utk pantau si khalid ibrahim? Dah tentu matlamat utama pakatan jahanam nak selam umno dalam pru 14.

    Kau tu dulu drlp pkr..takkan la kau tak nampak..Propaganda murah macam ni pun tak boleh nak baca ke?

  2. pantau ka apa ka, sapa bayaq gaji dia, pkr atau kerajaan selangor?

  3. Anonymous
    12:07 AM

    Assalamualaikum,

    Islam mengajar umatnya bersatu padu namun kita muslim berpecah belah sedangkan bukan islam bersatu

    Kalau nak lihat produk muslim atau beli atau jual barang terpakai dan baharu sila ke produkmuslim.info

    Kalau tak beli atau jual pun sila daftar sebab ada cabutan bertuah bulan ini

    Sekian, terima kasih.

  4. Anonymous
    8:59 AM

    Baguz baguz! peghabeh boghehhh Selangor!

Post a Comment