Jangan Kurang Ajar, Hormati Institusi Beraja dI Malaysia- Pemuda UMNO WP


Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik laman facebook yang dimiliki Melissa Gooi yang didakwa menghina dan mempersenda Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Dipertuan Agung.

Wakil Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd RazlanMuhammad Rafii berkata, akaun FB ini jelas bertindak kurang ajak dan menjadikan Tuanku Yang Dipertuan Agung sebagai bahan jenaka selain menuduh Tuanku telah ‘dirasuah’ dan mendakwa duit rasuah tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun di Switzeland.

“Sehubungan dengan itu, kami Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mendesak pihak berkuasa khususnya pihak Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak segera terhadap mereka yang berkenaan.

Kita tahu asas kepada sikap kurang ajar ini bermula pada kempen Pilihan Raya Umum ke13 lalu, yang diterajui oleh kumpulan Red Bean Army yang bersama DAP yang sering memainkan isu perkauman, dan kini kita lihat segelintir orang Cina jelas sangat kurang ajar dan tidak menghormati institusi Raja di Malaysia,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Ujarnya, PDRM dan SKMM perlulah memainkan peranan penting kerana dalam jangka masa panjang, setiap sentimen yang berbaur perkauman ini adalah untuk menanam kebencian rakyat kepada kerajaan dan institusi beraja di dalam negara kita.

“Jangan sekadar melihat insfrastuktur pembangunan internet semata-mata, sebaliknya SKMM juga kena melihat pengisian dalam intenet itu amat penting dalam kita membina negara kita. SKMM kenalah ambil tindakan dan ambillah langkah-langkah berkesan seperti di negara-negara maju, kandungan dalam internet tersebut, kita bukan nak menghalang tetapi kita kena jaga kandungan dalam intenet dalam menjaga keharmonian dan perpaduan rakyat di dalam negara kita,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin pula berpandangan bahawa asas kita sebagai rakyat di negara ini ialah dalam Rukun Negara, salah satunya ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan negara.


“Itu adalah salah satu asasnya. Tidak kiralah dianya orang UMNO atau orang DAP, tetapi jika asas itu tidak diguna pakai ataupun tidak dihormati, dia tak layak untuk menjadi rakyat Malaysia,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Bukit Bintang.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    5:56 PM

    aku tak faham kenapa kerajaan Malaysia sekarang begitu LEMBIK dan LEMBAP untuk bertindak !!!!

    aku rakyat Malaysia dah bosan dengan sikap KEPONDANAN kerajaan Malaysia di dalam mengambil tindakan TEGAS terhadap perangai KURANG AJAR bangsa CINA !

    Kerajaan Malaysia perlu lebih TEGAS seperti kerajaan china dan filipina yang menutup terus lama facebook dan youtube jika ianya memporak perandakan negara..

  2. Anonymous
    6:10 PM

    Kepala butuh laa kalau setakat berkokok!
    Bila lagi nak main taji????

Post a Comment