Kedah Akan Laksana Pelan Transformasi Negeri Ransang Ekonomi- Mukhriz


Kedah menyasar meningkatkan ekonominya dengan melaksanakan pelan transformasi negeri yang membolehkan lebih ramai pelabur domestik dan asing meneroka sektor-sektor baharu di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir berkata kerajaan negeri
merancang untuk memiliki hab kuasa ekonominya sendiri yang akan menjana aktiviti inovasi tempatan yang mendapat permintaan tinggi di peringkat global.

"Sektor pelancongan merupakan penyumbang kedua tertinggi kepada pendapatan negara kasar (PNK) Kedah dan kami akan melihat apa yang boleh kami lakukan untuk meningkatkan sektor tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan memorandum persefahaman antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pekan Artisan Sdn Bhd.

Beliau berkata Kedah mempunyai banyak daya tarikan untuk meningkatkan ekonominya, terutamanya pulau tersohor, Langkawi, yang boleh menarik pelabur dalam dan luar negara.

Mukhriz berkata Langkawi, penyumbang potensi kepada PNK Kedah, boleh menarik lebih tiga juta pelancong setiap tahun, dengan PNK berkaitan pelancongan diunjur mencecah RM3.8 bilion menjelang 2015.

"Buat permulaan, kami berusaha untuk menarik pelaburan bernilai kira-kira  RM5 bilion, di samping mewujudkan sekurang-kurangnya 4,200 peluang pekerjaan baharu bagi penduduk tempatan dan meningkatkan kedatangan pelancong," katanya.

Beliau berkata tahun lepas, dengan kira-kira tiga juta kedatangan pelancong direkodkan di Langkawi, perolehan pendapatan ialah sekitar RM2.6 bilion.

Menurut Mukhriz, Langkawi mendapat faedah daripada pelaburan domestik dan asing sejak pelaksanaan Pelan Tindakan Pelancongan Langkawi (2011-2015).


Pada Disember 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melancarkan pelan tindakan tersebut untuk menjadikan Langkawi sebagai satu daripada 10 destinasi pulau utama dunia. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    1:17 PM

    Kedah ada potensi untuk lebih maju dari p. Pinang. Majukan langkawai jadi pusat pelancungan Isalam bertaraf dunia. Majukan kedah sebagai hub pendidikan wilayah utara di uum dan perlis area. Majukan pertanian padi dan estet di baling. Perindustrian di sg petani dan kulim. Kedah maju dibawah bn. Utamakan bumiputra....

Post a Comment