Pembangkang Harus Cermin Diri Sebelum Desak Pengerusi SPR Letak Jawatan - Fahariyah

Pihak pembangkang khususnya pemimpin-pemimpin mereka harus mencerminkan diri sebelum mencari salah atau mendesak kepimpinan Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan, sekiranya mereka sendiri tidak mengadakan semula pilihan raya di negeri-negeri yang mereka menang iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, ujar EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Fahariyah Mohd Nordin.

Tambahnya, jika mereka mengatakan SPR salah guna kuasa, pilihanraya yang tidak telus dan sebagainya, ini bermakna kemenangan mereka di ketiga-tiga negeri yang dimenangi selain ahli-ahli Parlimen yang mereka menang pada PRU13 yang lalu juga hasil dari pelaksanaan dan kerja yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya.

“Ini bermakna, kemenangan mereka juga tidak sah kerana SPR ‘tidak telus’. Tapi hakikatnya, mereka sekadar mahu mempolitikkan isu, mahu memberikan perspektif buruk kerajaan kepada rakyat, kononnya kerajaan tidak bersih dan tidak telus.

Tapi dalam masa yang sama, kita juga harus melihat dan menilai pemilihan dalam pucuk pimpinan parti-parti dalam pakatan pembangkang ini sendiri. Contohnya, pada pemilihan DAP baru-baru ini, adakah pemilihan tersebut merupakan satu pemilihan yang telus atau sempurna, ini kerana dalam pemilihan mereka sendiri tidak telus sehingga mewujudkan macam-macam bantahan dan sebagainya,” ujarnya mengulas tindakan pihak pembangkang yang mendesak Pengerusi dan kepimpinan SPR meletakkan jawatan kerana kononnya PRU13 yang lalu tidak telus dan wujud penyalahgunaan kuasa.  

Tambahnya, tindakan pembangkang ini jelas memperbesarkan  penggunaan dakwat kekal termasuk mendesak pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan adalah untuk kepentingan politik semata-mata.

"Menyalahkan SPR untuk kemenangan Barisan Nasional (BN) adalah tidak masuk akal dan kelakar. Jika SPR boleh dipengaruhi dan diperdaya, BN tidak akan kehilangan dua pertiga majoriti dan kehilangan tiga negeri kepada pakatan rakyat pada PRU13,” ujarnya yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Ledang.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment