Pembangunan Prasarana Luar Bandar Akan Diberi Keutamaan Dalam Belanjawan 2014


Pembangunan prasarana di kawasan luar bandar akan diberi keutamaan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2014, khususnya bagi wilayah  pedalaman di Sarawak dan Sabah, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata jumlah peruntukan bagi pembangunan prasarana luar Bandar di Sarawak dan Sabah serta negeri-negeri lain akan diputuskan selepas pihaknya  mengadakan perbincangan serta penelitian bagi merangka pelan perbelanjaaan tahunan berkenaan.

"Pastinya tumpuan belanjawaan perlu diberikan kepada kawasan luar bandar, terutama dari segi jaringan jalan, semua ini kita perlu mengambil kira. 

Lihat kes feri karam baru-baru ini, ia sungguh menyedihkan apabila negara kita sedang maju, namun ada rakyat yang terpaksa naik feri pergi ke satu tempat dengan dua, tiga jam," katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Parlimen Tambun, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof baru-baru ini bahawa pihaknya akan berusaha mendapatkan pembiayaan daripada kerajaan pusat untuk membangunkan prasarana Sarawak terutamanya hubungan pengangkutan darat di kawasan muka bumi berbukit di Belaga dan Kapit.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata apa yang disuarakan oleh Menteri Kerja Raya itu adalah benar dan sudah pasti pembangunan  prasarana kawasan luar bandar akan diberi kepentingan.

"Sudah pasti pembangunan luar bandar akan diberi keutamaan mengikut kemampuan belanjawan kita kerana kita juga mensasarkan untuk mengurangkan defisit  perbelanjaan. Kita akan berusaha dengan kemampuan kita dan lebih banyak peruntukan untuk kawasan dan pembangunan infrastruktur luar bandar," katanya.

Belanjawan 2014 dijangka dibentang di Parlimen pada Oktober ini.
           

Dalam pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kawasan luar bandar akan terus dibangunkan untuk mengurangkan jurang perbezaan kawasan bandar dan luar bandar, di mana sebanyak RM4.5 bilion telah diperuntukkan ke arah pelbagai projek pembangunan prasarana luar bandar.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment