Perutusan TMJ Buat Semua Penyokong JDT ......


"Kepada semua rakyat Johor, saya ingin merakamkan setinggi tinggi terima kasih kepada para penyokong atas sokongan yang padu yang diberikan pada setiap perlawanan. Tahun ini adalah tahun pertama kita. Kita telah belajar banyak perkara sepanjang musim ini.

Kita harus sedar di mana kita sekarang berbanding dengan musim-musim yang lalu. Saya berjanji akan sentiasa bekerja keras untuk memantapkan lagi pasukan Johor dan memperbaiki sistem dan projek bolasepak Johor secara keseluruhan.

Ini baru tahun pertama kita, dan kita harus berasa bangga atas percapaian kita pada musim ini. Syukur Saya kehadrat ALLAH SWT kerana pasukan bolasepak Johor mempunyai penyokong yang paling hebat dalam negara ini. Dengan sikap yang tak berputus asa, bersemangat, bersatu hati, dan berdisiplin.


Syukur saya juga ke hadrat ALLAH SWT kerana saya yakin dan pasti bahawa masa depan bolasepak negeri Johor sangat cerah dan berpotensi tinggi. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua rakyat negeri Johor yang setia memberi sokongan. Jangan lupa, bahawa muafakat itu berkat.

Saya berdoa semoga ALLAH SWT sentiasa memelihara negeri Johor Darul Ta'zim. Kepada ALLAH kami berserah. Hidup biru, merah, putih. Ini baru permulaan Kuasa Harimau Selatan."


-DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. kesian TMJ sbb xdpt nk sambut ulang tahun dgn gembiranye

  2. Anonymous
    3:08 PM

    kuasa harimau selatan?..hari hari mau adalah ko

Post a Comment