Politik Kebencian Melampau Bakal Musnahkan Asas Pembinaan Negara Bangsa


Pakatan pembangkang seharusnya menerima realiti kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan tindakan mengheret rakyat melalui politik melampau Anwar Ibrahim selepas kegagalan merampas Putrajaya, seharusnya dihentikan kerana tindakan politik melampau dan politik kebencian ini menyebabkan rakyat sudah tidak lagi menghayati dan menghormati Rukun Negara dan Malaysia yang kita cintai ini.

Prof. Datuk Abdul Halim Bin Sidek, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara menyarankan agar setiap warganegara Malaysia haruslah mendukung, berikrar dan berpegang teguh kepada cita-cita dan prinsip-prinsip Rukun Negara yang merupakan salah satu asas pembinaan negara bangsa.

Beliau berpendapat bahawa kebelakangan ini ramai pemimpin pakatan pembangkang membelakangi asas-asas pembinaan negara bangsa di dalam kenyataan-kenyataan dan tindak tanduk mereka serta menyinggung ramai pihak.

“sekarang ini mereka seperti sudah tidak ada lagi jati diri sebagai rakyat Malaysia. Jika jati diri mereka kita, mereka akan mengutamakan Negara berbanding keutamaan diri mereka sendiri.

Jika jati diri mereka kuat, semangat patriotik mereka kuat dan kental, mereka akan jadi warganegara yang baik, akan menjaga keamanan dan sedia berkorban untuk Negara, bukannya mengorbankan Negara sebagaimana segelintir rakyat yang menjadi penyokong pembangkang buat pada hari ini, yang cuba untuk memporak perandakan, membuat huru raya dan akhirnya akan menganggu-gugat keharmonian Negara.

Walaupun mungkin ada perbezaan pendapat dari segi ideologi politik, tetapi kita tidak seharusnya mengorbankan Negara dengan mewujudkan suasana yang tidak harmoni ini kerana akhirnya Negara akan rosak atau musnah, bukannya penambah baikkan untuk Negara kita,” ujarnya yang juga Penasihat Undang-undang Universiti Malaysia Kelantan.

Beliau juga berkata, “Bagi memastikan perpaduan kaum di Negara ini terpelihara, setiap warganegara hendaklah dari segi perlakuan dan tindak-tanduk mereka tidak mengenepikan kewujudan cita-cita serta prinsip-prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan setiap rakyat di Negara ini”.


Beliau juga menyeru agar prinsip ke lima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, yang menekankan kepada personaliti dan perlakuan seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi juga tidak diketepikan bagi membantu mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni disamping senantiasa memelihara perpaduan kaum di Negara ini.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment