Politik Melampau Pembangkang Wujudkan Kumpulan Kurang Ajar – Gagasan

Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) berpendapat politik melampau pakatan pembangkang telah menyebabkan lahirnya kumpulan yang kurang ajar dan tidak menghargai erti kemerdekaan khasnya golongan muda.

 Setiausaha Agungnya, Syed Anuar Syed Mohamed berkata, Gagasan mendesak kerajaan bertegas dengan kumpulan ini agar ia tidak menjadi wabak yang akhirnya akan merosakkan negara bangsa yang dibina sekian lama oleh pemimpin terdahulu.

“Gagasan kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang khasnya yang berbangsa Melayu yang sanggup mengadaikan maruah bangsa kerana agenda politik sempit mereka.

“Tindakan mereka menyemai perasaan kebencian itu hanya semata-mata tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini akan memecahbelahkan rakyat dan membantutkan proses pembangunan negara yang sepatutnya berlangsung dengan kerjasama semua kaum di dalam negara ini, ,” katanya.

Dalam masa yang sama, Gagasan turut mencadangkan agar Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula kerana akta berkenaan mapu menjamin keselamatan negara ini daripada anasir-anasir yang berniat jahat sehingga boleh mengganggu gugat keharmonian serta hubungan antara kaum.

“ISA adalah benteng terakhir yang boleh menyelamatkan negara kita. Saya mohon kepada pihak yang mahu ISA dihapuskan agar berfikir semula kerana sekiranya tiada akta tersebut di negara kita, bagaimana pihak kerajaan mahu menangani kes-kes seperti rusuhan kaum, tunjuk perasaan dan sebagainya,” katanya.

Jelas beliau lagi semua pihak patut lihat kembali bahawa selama ini ISA telah menyelamatkan negara dari anasir-anasir yang cuba menggugat keharmonian negara.

“Kami amat berharap agar akta ISA dikembalikan atau diwujudkan semua kecuali beberapa elemen kecil yang perlu diperhalus supaya lebih telus dan adil,” tambahnya yang turut mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia agar mengarahkan semua sekolah diwajibkan membawa Rukun Negara di perhimpunan mingguan sekolah masing-masing, bagi menyemai semangat nasionalisme dan patriotik di kalangan para pelajar sekolah
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment