Saifuddin Nasution & Pegawai Perhubungan Politik - "Khalid Keliru": Sohaimi Shahadan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kini nampak keliru dan cuba wujudkan jawatan-jawatan yang direka, sekadar untuk menjaga hati setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, ini satu jawatan yang tidak perlu ada, termasuk sebelum ini perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor yang akhirnya tidak memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

“Akhirnya kini PAS dan DAP juga menuntut agar mereka juga perlu ada jawatan-jawatan sebegini di negeri Selangor. Jadi saya fikir dengan mewujudkan satu jawatan yang tidak ada keperluan, meletakkan seseorang yang berkepentingan dalam politik, Setiausaha Agung PKR jadi jelas kita nampak ianya bersifat agenda politik untuk kepentingan peribadi kepada Menteri Besar atau beliau (Tan Sri Khalid Ibrahim) tunduk kepada arahan parti yang cuba memberi satu kedudukan yang istimewa kepada Saifuddin Nasution.

Selama ini pun tidak ada jawatan tersebut, malah tidak perlu pun kerana jawatan ini akhirnya mengacau atau menganggu gugat perjalanan pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Tambahnya, kerajaan negeri boleh ditadbir dengan cara baik dengan cara cukup wakil-wakil dari parti pakatan yang dilantik sebagai EXCO Kerajaan negeri, sudah cukup untuk mengimbangi perjalanan dan gerakkerja membangunkan dan memajukan negeri Selangor. Ini masa untuk buat kerja, bukan untuk berpolitik semata-mata.

“Jadi MB tidak perlulah terlalu jumud atau berfikir semata-mata untuk menjaga hati kerana Saifuddin yang bertanding kalah dalam PRU lalu di Kedah, lalu diletakkan Saifuddin Nasution sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar yang tidak diperlukan oleh rakyat negeri Selangor.


Saya minta agar MB perlu bijaksana dalam melaksanakan tanggungjawab beliau dalam penggal kedua sebagai MB Selangor, dan fokus kepada kebajikan rakyat dan pembangunan di negeri Selangor yang seterusnya,” tambahnya lagi. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment