Ugut Boikot Angkat Sumpah Taktik Basi Pembangkang Tutup Malu

Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap menegaskan bahawa majoriti rakyat menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, sebaliknya pihak pembangkang sahaja yang cuba memanipulasi keputusan tersebut kerana agenda kepentingan parti dan pemimpin-pemimpin mereka.

“Kita dapat lihat hari ini, khususnya di kalangan pemimpin DAP dan  PKR yang begitu beria-ria mengadakan demostrasi, mengadakan perhimpunan haram semata-mata nak menunjukkan kepada rakyat bahawa keputusan PRU lalu, tidak sah.

“Namun apa yang kita lihat, bukan semua di pihak pembangkang ini yang setuju dengan tindakan membuat demonstrasi dan perhimpunan haram tersebut. Ia memberikan gambaran Anwar Ibrahim begitu terdesak untuk menjadi Perdana Menteri.

“Sebab itu kita lihat, apa juga yang dilakukannya pada hari ini termasuk cuba mempengaruhi Ahli-Ahli Parlimen untuk tidak datang mengangkat sumpah sebagainya, sedangkan dalam masa yang sama ada juga wakil atau Ahli Parlimen dari PKR sendiri yang menganggap apa yang dilakukan oleh Anwar ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan sudah semestinya atau sepatutnya dihentikan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua pemuda UMNO bahagian Sekijang berkata demikian ketika disoal mengenai desas-desus mengatakan Anwar dan ahli Parlimen dari pembangkang yang mahu memboikot Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen, Isnin ini.

Tegasnya tindakan Anwar Ibrahim dan segelintir Ahli Parlimen PKR yang tidak mahu angkat sumpah ini sengaja mahu mencabar, menggugut atau menguji sahaja, sebaliknya akan datang untuk mengangkat sumpah Isnin ini kerana budaya mencabar, mengugut ini memang cara pihak pembangkang selama ini.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment