Dasar Perumahan Selangor Tipiskan Peluang Rakyat Miliki Rumah


Rancangan kerajaan Selangor untuk melancarkan dasar baharu perumahan dikenali sebagai Dasar Perumahan Selangorku September ini, dikhuatiri akan menipiskan peluang rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Panjang) berkata rakyat akan merasai bebanan khususnya berkaitan kos, berikutan kerajaan tidak akan mengawal harga rumah di bawah dasar baharu itu.

"Dasar perumahan mampu milik itu difahamkan akan menggunakan prinsip 'pembeli berminat, penjual berminat' sebagai asas dalam menentukan harga rumah," katanya semalam .

Budiman berkata berbanding pentadbiran kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional sebelum ini, harga rumah mampu milik ditetapkan iaitu RM42,000 bagi kawasan Lembah Klang, RM35,000 (kawasan majlis daerah) dan RM30,000 bagi kawasan di luar majlis daerah.

"Kita juga tidak tahu bagaimana kerajaan negeri hari ini menetapkan harga rumah mampu milik di negeri ini. Jika dasar yang sedia ada, kerajaan pakatan tidak mengikutinya, apatah lagi jika dasar baharu ini yang akan dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang negeri, Datuk Mohd Shamsudin Lias  (BN-Sungai Burong) mahu kerajaan Selangor menimbang kesusahan rakyat berpendapatan rendah dan golongan muda yang baru memulakan hidup dalam menentukan dasar perumahan baharu itu.


"Selain menetapkan harga rumah yang rendah, kerajaan negeri boleh memberikan subsidi untuk mereka membeli rumah," katanya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment