Formula 16:16 Pembangkang Untuk Seronok Sementara- Mukhriz

Mukhriz Mahathir berbual dengan bekas Pengerak PAS PDM Bukit Puteri, Moh Hassan Ali
Rakyat dan pengundi di DUN Kuala Besut wajib menafikan impian pihak pembangkang untuk mencipta sejarah dengan formula 16:16 sebaliknya memberikan undi dan sokongan penuh kepada calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman untuk memenangi Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, walaupun pihak pembangkang mengatakan kemenangan PAS pada PRK ini merupakan satu sejarah, namun ia bukanlah satu sejarah yang sewajarnya dan sejarah yang kita mahukan.

"Sejarah yang dia maksudkan itu mungkin adalah seronok untuk satu jangka masa yang pendek tapi dari jangka masa panjang, boleh porak peranda, huru hara dan kacau bilau.

Jika berlaku situasi 16:16, di Dewan Undangan Negeri Terengganu, keputusan untuk rakyat susah untuk dibuat, kerana berbelah bagi. Itu tak termasuk nak berebut jawatan Menteri Besar, berebut kerajaan, macam-macam masalah yang akan timbul," ujarnya selepas Program Penyampaian Zakat Fakir Miskin di Kg Air Terjun, Bukit Puteri petang tadi.

Sehubungan dengan itu, Mukhriz menasihatkan masyarakat, untuk menolak formula bohong 16:16 ini, kerana ia akan menimbulkan masalah yang besar untuk semua.

"Jika itu terjadi, saya berasa kesal dan terkilan kerana apa yang kita (kerajaan negeri Kedah) belajar bermacam-macam hasil kejayaan negeri Terengganu, tiba-tiba jatuh ke dalam polemik politik yang tidak berkesudahan.

Kami dari Kedah ini datang semata-mata untuk membalas budi, banyak yang kami pelajari dari kepimpinan dan kemakmuran negeri Terengganu yang kita gunakan di negeri Kedah.


Pastikan 24 Julai ini, kita pilih Tengku Zaihan, jangan gadaikan kemakmuran dan keamanan yang telah dinikmati di Terengganu hanya kerana terpengaruh dan termakan hasutan pihak pembangkang untuk mencipta sejarah 16:16 di Terengganu kerana hasilnya, rakyat juga yang akhirnya akan rugi ," tambahnya lagi. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment