Gabungan NGO Islam Desak Kerajaan Tubuh SuruhanJaya DiRaja Siasat Red Bean Army

Gabungan NGO Islam semalam menyerahkan memorandum untuk mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat Red Bean Army yang merupakan cybertrooper yang diyakini dibiayai pihak pembangkang.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, cadangan ini akan di bawa ke kabinet, untuk diberi pertimbangan sama ada wajar atau tidak ditubuhkan Suruhanjaya ini.

“Sekarang pun dah banyak laporan polis mengenai Red Bean Army ini, yang kita lihat cukup aktif sebelum dan semasa Pilihanraya lalu. NGO ini turut mendakwa Red Bean Army ini mendapat sumbangan yang besar dari pihak pembangkang untuk membiayai gerakan mereka.

“Pada pandangan mereka (Gabungan NGO Islam) Red Bean Army ini bahaya dan kalau dibiarkan berterusan, nampak seperti pihak kerajaan membenarkan kebebasan berleluasa,” ujarnya kepada pemberita di Lobi Parlimen selepas menerima memorandum dari wakil Gabunagn NGO Islam, Dzulkarnain Taib.

Tambahnya, Red Bean Army perlu diberi perhatian kerana kumpulan ini banyak memainkan isu berkaitan perkauman dan adalah ditakuti gerakan ini akan memecahbelahkan perpaduan dan menghancurkan institusi dalam negara ini.

Terdahulu sebelum ini, Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu menyiasat secara terperinci kegiatan kumpulan Red Bean Army ini yang dikaitkan sebagai tentera siber pro pembangkang dan didakwa menyebarkan mesej berbaur hasutan dan fitnah bagi menggugat keamanan dan perpaduan negara ini.

Kerajaan perlu menyiasat perkara ini dan mengenal pasti siapa dalang di sebalik pertubuhan ‘Red Bean Army’ dan tindakan tegas perlu diambil jika mereka didapati terlibat.

Kewujudan kumpulan itu amat membimbangkan kerana mereka mampu mempengaruhi pemikiran rakyat khususnya golongan belia melalui medium siber, khususnya laman sosial
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment