Kemenangan BN Hadiah Bermakna Untuk PM

23 Julai merupakan Hari Jadi Dato� Seri Najib Razak, Perdana Menteri yang kita sayangi.

24 Julai pula merupakan Pilihanraya Kecil Kuala Besut iaitu PRK pertama selepas Pilihanraya Umum ke-13. Dengan keputusan PRU yang begitu �genting� buat BN, PRK pertama dikira amat penting dalam menentukan momentum politik seterusnya. Apatah lagi dalam keadaan di mana kekalahan BN akan menyebabkan kedudukan kerusi menjadi �seri� di negeri Terengganu.

Namun, Alhamdulillah, seperti yang dijangka BN menang dengan majoriti yang bertambah. Walaupun hanya bertambah sebanyak 158, namun ia merupakan satu petanda baik dalam menuju PRU-14.

Dan kemenangan ini bolehlah disifatkan sebagai hadiah harijadi buat Dato� Seri Najib. Dalam usia beliau yang mencecah 60 tahun, Dato� Seri Najib kini semakin teguh berdiri memikul sebuah misi membawa Malaysia ke arah yang lebih baik.

PRK K.Besut menyaksikan BN berjaya meraih majoriti sebanyak 2,592 undi. Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman memperoleh 8,288 undi menewaskan calon PAS Endut@Azlan Yusof yang mendapat 5,956 undi. Peratusan keluar mengundi bagaimanapun merosot dari 87% kepada 80% berbanding PRU-13. Hanya 14,108 yang keluar mengundi daripada 17,683 jumlah pengundi di DUN berkenaan.

Dalam PRU-13 lalu, BN melalui arwah Dr. A. Rahman Mokhtar mendapat 8,809 undi mengalahkan Ketua Dewan Muslimat PAS Besut, Napisah Islam yang mendapat 6,375 undi.

Kemenangan BN di kesemua 8 peti undi dalam PRK ini pasti menjadikan hadiah harijadi ini lebih bermakna lagi buat Perdana Menteri.

Apatah lagi, apabila hadiah ini diterima pada bulan Ramadhan. Pada hari jadi beliau kali ini, Dato� Seri Najib menjalankan rutin tahunannya pada setiap Ramadhan sejak tujuh tahun lalu iaitu mengedarkan bubuk lambuk di kalangan penduduk di Kampung Baru. Penduduk sekitar yang menerima agihan bubur dari Perdana Menteri amat teruja dan turut mengucapkan Selamat Hari Jadi.

Rakyat Malaysia merasa amat bertuah kerana dikurniakan pemimpin yang merendah-diri, prihatin dan bijaksana.

Dengan itu, kita doakan agar Dato� Seri Najib sentiasa berada dalam peliharaanNya, serta bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kita satu lagi Ramadhan yang tenang dan makmur berkat kebijaksanaan kepimpinan negara.

Sent from Yahoo! Mail for iPhone
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

8 Komen

  1. BILA MENANG KIRA HADIAH BILA HANCUS KIRA APA PULAK?

  2. Anonymous
    6:16 PM

    DA PUMP RM 400 JUTA PROJEK DAPAT UNDI TINGKAT 147 AJA..KALAU PENGUNDI LUAR TERENGGANU BALIK SIAP BUNGKUS BN..HADIAH UTK AH JIB GOR..HATI CINABENG

  3. Dia Ingat kalau semua pengundi luar balik tu semua akan sokong parti dia la kunun!!! .

  4. Anonymous
    11:24 PM

    nak tanya kat puak PR.... ada blackout tak? Ada pengundi bangla tak? Ada yang undi 2 kali tak?

  5. Anonymous
    1:30 AM

    PAS ada hati nk buat porak peranda di negeri majoriti Islam 16:16, niat awal mereka pun dh xbetul, kerja buat mereka xubah seperti Israel, jiwa hati mereka diselubungi hasutan syaitan.. tp mereka hrus Ingat Bahawa ALLAH TAALA itu lah KUASA atas SEGALA kuasa.. bkn rasuah MINYAK MOTOR & BERAS GULA yg berkuasa!

    PEGI JAHANAMLAH PAS dgn ‘kuasa rakyat’.. syirik siang2 lagi PAS!

  6. Anonymous
    1:32 AM

    anon pencacai 6.16 mengelupor lah tu.. sikit2 bertuhankan DUIT, masih xnampak kuasa Tuhan.. sesat dan rosak puak PAS ni!

    Najib nk pum 1billion pun lantaklah utk rakyat juga, bkn duit yg bg menang, belajar kenal Tuhan sama.. Nik NAjis tu seleweng mcm2 kenapa xsebut?

  7. Anonymous
    9:35 AM

    Betul ke kemenangan BM/UMNO hadiah bermakna buat PM Ah Jib Ghor?
    Janganlah bermimpilah di siang hari!

    Kemenangan itu kerana tahap kesedaran Melayu Islam amat tinggi. Mereka tahu beri undi pada PAS bermakna undi DAP, yang bertambah kiasu dan sombong!

    So, lebih baik sokong UMNO walaupun pemimpin tertingginya tidak boleh diharap.

    Tetapi tidak tahu esok, lusa sama ada Melayu Islam masih bertahan dengan UMNO sekiranya masih berketuakan Ah Jib Ghor!

  8. Anonymous
    2:19 PM

    Buto la.. blogger sahabat gunong ni. Lu pun kaki sailang projek org.. lagi baik lu tulis saran najib turun dalam pemilihan bahagian dan bg org lain jd PM. Besod memang la menang..tu kubu kuat org kurang solat... hahahahha

Post a Comment