Kempen Serang Peribadi Tindakan Terdesak, Cukup Sekadar `Jual' Calon Kita

Tindakan membuat serangan peribadi kepada calon lawan pada kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut ini, lebih-lebih lagi di waktu umat Islam sedang melalui bulan Ramadhan yang muia ini adalah satu tindakan yang keterlaluan dan tidak matang sebaliknya, sebagai orang muda yang terlibat dalam jentera BN pada PRK ini, Pemuda UMNO hanya akan berkempen untuk memperkenalkan calon kita, serta mengenengahkan visi dan misi parti BN khususnya buat pengundi di kawasan Kuala Besut.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Sohaimi Shahadan berkata, kita juga harus berikan maklumat yang tepat pada rakyat bagi membolehkan rakyat membuat pilihan yang tepat pada hari pengundian, 24 Julai nanti.

"Tapi nampaknya ada sikit kekesalan, melalui maklumat yang diterima ada penceramah-penceramah dari parti lawan (PAS), cuba untuk membuat kempen membunuh karektor calon BN, keduanya menabur fitnah selain menghentam dan menkritik dalam keadaan yang melampau.

Dalam bulan Ramadhan ini, kita boleh berkempen dalam keadaan yang harmoni dan cukup untuk kita tentang calon masing-masing, tak perlu rasanya kempen fitnah yang melampau ini, barangkali kerana terlalu agresif dan terdesak untuk menang, kempen melampau ini terpaksa digunakan oleh parti lawan," ujarnya kepada pemberita selepas membuat lawatan rumah ke rumah di Kampung Nangka, Kuala Besut hari ini di sini.


Sohaimi turut menasihatkan pimpinan PAS untuk mengotakan janji mereka, untuk menasihatkan penceramah-penceramah mereka yang berkempen di Kuala Besut ini, untuk berkempen secara sederhana.

"Jangan sampai amalan mulia kita di bulan ramadhan ini tertolak dengan segala fitnah dan sebagainya.

Saya yakin penduduk dan masyarakat di kawasan ini boleh menilai sendiri, agar wakil yang dipilih oleh rakyat satu calon yang boleh buat kerja, yang mantap dan berkaliber untuk mewakili penduduk di kawasan ini.


Bukannya wakil rakyat yang dipilih dengan cara tohmahan, fitnah dan dipilih atas desakan, ugutan, atau dengan segala helah," tambahnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment